DUNIA
Erdogan dan Trump capai "persefahaman bersama" berhubung gencatan senjata Gaza
Erdogan ketika bertemu Trump di White House. - Foto AP
ISTANBUL: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkata beliau dan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mencapai "persefahaman bersama" mengenai cara melaksanakan gencatan senjata di Gaza dan seterusnya mewujudkan keamanan di seluruh Palestin, lapor Anadolu Ajansi.
"Kami menjelaskan bagaimana untuk terlebih dahulu mencapai gencatan senjata di Gaza dan seluruh Palestin, kemudian bergerak ke arah keamanan berkekalan.
Terdapat persefahaman bersama mengenai perkara ini," kata Erdogan yang bertemu Trump di White House pada Khamis, kepada wartawan ketika dalam penerbangan pulang dari AS.
"Jumlah negara yang mengiktiraf Palestin telah melepasi 150. Untuk sokongan ini diterjemahkan di lapangan, masyarakat antarabangsa perlu bertindak tegas dan mengambil langkah sewajarnya," katanya.
Erdogan menegaskan penyelesaian dua negara kekal sebagai "formula untuk keamanan berkekalan" di Asia Barat sambil memberi amaran bahawa keadaan semasa tidak boleh berterusan.
"Trump juga sedar bahawa keadaan tidak boleh berterusan seperti ini," katanya.
"Kami membincangkan bencana kemanusiaan di Gaza dan situasi di Syria. Saya menyokong visi Presiden Trump untuk keamanan global. Kami mencapai kata sepakat mengenai keperluan menghentikan pertumpahan darah," kata Presiden Turkiye itu.
Mengenai Syria, Erdogan berkata organisasi pengganas "tidak mempunyai tempat dalam masa depan Syria dan tidak akan pernah ada," sambil menyeru masyarakat antarabangsa mengambil langkah untuk keamanan dan kestabilan di negara itu.
Beliau berkata perbincangan dengan Trump berlangsung "dalam suasana ikhlas, membina dan produktif." "Seperti yang anda tahu, hubungan saya dengan Trump sebelum ini sangat baik," katanya.
Erdogan turut memuji layanan Rumah Putih. "Di Rumah Putih, kami disambut dengan baik oleh Trump dan delegasinya, dan kami pulang dengan rasa puas hati. Ia adalah kunjungan yang indah yang tidak boleh dicemari dengan sebarang fitnah."
"Jumlah dagangan antara Turkiye dan AS serta potensinya jelas. Kami menetapkan sasaran US$100 bilion. Sebagai pemimpin, kami mempunyai kemahuan politik untuk merealisasikannya," katanya.
Erdogan turut menyentuh pendekatan Turkiye terhadap Mediterranean dengan berkata: "Pendiran kami mengenai sumber di Mediterranean adalah jelas. Kami akan mendapatkan bahagian yang adil daripada sumber ini dan bekerjasama dengan jiran berasaskan prinsip menang-menang."
Beliau sekali lagi menegaskan pendirian tegas Turkiye mengenai Cyprus. "Bab mengenai persekutuan telah ditutup bagi kami. Tiada siapa boleh menyeret kami kembali ke perbahasan persekutuan dengan permainan kata."
-- BERNAMA