awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Op Serantau: Pengerusi NGO di Melaka suspek utama kes seleweng dana RM26 juta
MALAYSIA
Pegawai rancangan tanah didakwa tipu urusan baik pulih pusat pengumpulan getah
DUNIA
Iran dakwa 23 individu terlibat kegiatan pengintipan untuk Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Erdogan gesa gencatan senjata Iran-Israel dikekalkan, seru dialog tamatkan konflik Rusia-Ukraine

Agensi
Agensi
25/06/2025
01:10 MYT
Sponsor Banner
Erdogan gesa gencatan senjata Iran-Israel dikekalkan, seru dialog tamatkan konflik Rusia-Ukraine
Presiden Erdogan (kanan) dan Presiden Trump mengadakan pertemuan di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di The Hague, pada Selasa. - Gambar Reuters
THE HAGUE: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menyambut baik gencatan senjata antara Iran dan Israel, dan menzahirkan harapan agar perjanjian itu kekal demi kestabilan serantau.
Perkara itu dinyatakan Erdogan ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada Selasa.
Menurut kenyataan pejabat Presiden Turkiye, Erdogan menyifatkan usaha diplomatik Presiden Trump sebagai signifikan dalam mencapai gencatan senjata antara kedua-dua negara yang telah berkonflik selama 11 hari.
Trump sebelum ini mengumumkan bahawa Iran dan Israel telah bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata secara berperingkat, yang dijangka membawa kepada penamatan rasmi konflik ketenteraan.
Langkah itu susulan tindakan AS yang menyertai serangan udara Israel ke atas kemudahan nuklear utama Iran pada Ahad lalu, sebelum Tehran bertindak balas dengan melancarkan serangan ke atas pangkalan tentera AS di Qatar pada malam berikutnya.
Tindakan balas yang tersusun itu dilihat berjaya meredakan ketegangan.
Dalam pertemuan sama, Erdogan turut menggariskan keperluan untuk kerjasama rapat antara Ankara dan Washington bagi menamatkan perang di Gaza dan mencari penyelesaian damai terhadap konflik Rusia-Ukraine.
"Presiden Erdogan menegaskan kepentingan dialog erat bagi menamatkan tragedi kemanusiaan di Gaza secepat mungkin serta menyelesaikan konflik Rusia-Ukraine secara aman," menurut kenyataan itu lagi.
Beliau turut menyentuh potensi kerjasama dalam sektor pertahanan antara Turkiye dan AS, yang menurutnya mampu memberi impak positif terhadap perdagangan dua hala.
"Peningkatan kerjasama dalam sektor pertahanan berpotensi menyumbang kepada pencapaian sasaran dagangan AS$100 bilion (RM424.05 bilion)," ujar Erdogan. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#konflik Israel-Iran
#perang Hamas-Israel
#gencatan senjata
#Recep Tayyip Erdogan
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami