ISTANBUL: Turkiye menjangkakan Inisiatif Bijian Laut Hitam atau perjanjian bijirin, akan dilanjutkan, kata presidennya Recep Tayyip Erdogan selepas perbincangan bersama rakan sejawatannya dari Ukraine Volodymyr Zelenskyy, lapor Sputnik.
Erdogan dan Zelenskyy telah mengadakan perbincangan selama kira-kira dua jam, di Vahdettin Mansion di Istanbul pada Jumaat.
Bercakap pada sidang akhbar selepas itu, Erdogan berharap perjanjian bijirin yang dimuktamadkan pada Julai 2022 di Istanbul akan dapat dilanjutkan.
Beliau turut dijangka mengadakan perbincangan mengenai perjanjian bijirin itu dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, sama ada melalui telefon atau secara bersemuka.
Putin dijangka mengadakan lawatan ke Turkiye pada Ogos.
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov pada Jumaat berkata beliau tidak menolak kemungkinan pertemuan antara Putin dan Erdogan dalam masa terdekat.
Sementara itu, Zelenskyy memberitahu pemberita bahawa koridor baharu bijirin yang berbeza perlu dilaksanakan dan untuk itu, Turkiye dipelawa ke "sidang kemuncak keamanan global" yang sedang diusahakan oleh Ukraine.
Pada 22 Julai 2022, Rusia, Ukraine, Turkiye dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mencapai persetujuan untuk menyediakan koridor maritim kemanusiaan bagi membolehkan kapal dengan muatan makanan dan baja dieksport dari pelabuhan Laut Hitam Ukraine .
Moscow pada dasarnya bersetuju untuk melanjutkan perjanjian itu yang dijangkakan tamat pada pertengahan Julai, tetapi mendakwa beberapa komponen dalam memorandum berkenaan belum dilaksanakan sepenuhnya.
Pada 7 Jun, Kementerian Pertahanan Rusia berkata kumpulan pensabotaj Ukraine telah meletupkan saluran paip ammonia Tolyatti-Odesa di Wilayah Kharkiv.
Peskov berkata insiden letupan itu dilihat akan merumitkan kesepakatan untuk melanjutkan perjanjian berkenaan.
Awal minggu ini, Timbalan Menteri Luar Rusia Sergey Vershinin berkata Rusia percaya perjanjian bijirin itu akan tamat pada 18 Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 08 2023
Erdogan dan Zelenskyy telah mengadakan perbincangan selama kira-kira dua jam, di Vahdettin Mansion di Istanbul pada Jumaat. - Foto AP
Pengering rambut antara punca uban di usia muda
Kekurangan vitamin B12 dan zat besi, stres, vitiligo, dan merokok turut menjadi punca rambut beruban.
Agong, Permaisuri berangkat ke Brunei untuk lawatan negara
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berdua berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 9.30 pagi.
Gempa bumi kuat landa Luar Pantai Costa Rica
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
FAA lulus kembali penerbangan SpaceX Falcon 9
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) meluluskan semula penerbangan kenderaan pelancaran SpaceX Falcon 9 setelah menyemak dan menerima hasil siasatan yang diketuai oleh SpaceX.
Pakistan, Saudi bincang situasi di Palestin dan Lubnan
Kedua-dua menteri turut mengkaji hubungan dua hala serta membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa.
Tiada trak bantuan makanan masuk ke utara Gaza sejak Oktober -WFP
Tiada satu pun bantuan makanan memasuki utara Gaza sejak awal Oktober, meletakkan lebih sejuta penduduk dalam risiko kebulurun, lapor Program Makanan Sedunia (WFP).
'Deepavali Pop Up Market' buka ruang bantu peniaga IKS
'Deepavali Pop Up Market' diadakan selama dua hari sehingga Ahad, dari jam 10 pagi hingga 6.30 petang dengan menawarkan pelbagai produk yang dihasilkan daripada perusahaan kecil dan sederhana.
Aveena Devi lakar kisah hidup sendiri melalui seni lukis
Walaupun dilahirkan sebagai orang kurang upaya, K. Aveena Devi tidak berputus asa untuk melakar kisah hidupnya sendiri dalam bidang seni lukis.
Ahli politik veteran India ditembak mati di Mumbai
Tiga penyerang melepaskan tembakan terhadap bekas menteri negeri Maharashtra itu yang lebih dikenali sebagai Baba Siddique.
Tragedi UiTM Dungun: Reman pemandu Honda CRV dilanjutkan hingga Selasa
Majistret membenarkan lanjutan berkenaan sehingga Selasa, selepas tempoh reman terhadap suspek itu berakhir hari ini.
Presiden Turkiye kecam kehadiran Perdana Menteri Israel di PBB
Recep Tayyip Erdogan menyifatkan kehadiran Benjamin Netanyahu sebagai 'memalukan'.
Erdogan kecam UNSC kerana gagal hentikan perang di Gaza
Recep Tayyip Erdogan mengkritik UNSC kerana gagal menghentikan apa yang disifatkannya sebagai "genosid" di Semenanjung Gaza.
Turkiye akan terus tingkatkan tekanan ke atas Israel - Presiden Erdogan
Erdogan maklumkan kepada Presiden Mahmoud Abbas, Turkiye akan terus sokong perjuangan Palestin.
Turkiye isytihar hari berkabung selepas kematian Ismail Haniyeh
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkata hari berkabung itu juga sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.
Gaza telah jadi ‘kem penghapusan terbesar dunia’ - Presiden Turkiye
Kekejaman dan barbarisme Israel dihentikan dengan segera, sebelum terlambat, tegas Erdogan.
Turkiye mungkin masuki Israel untuk bantu rakyat Palestin - Erdogan
"Kita mesti kuat supaya Israel tidak boleh melakukan perkara yang tidak masuk akal ini kepada Palestin."
Turkiye tidak luluskan kerjasama dengan Israel dalam NATO - Erdogan
Cubaan untuk bekerjasama dengan Israel dalam NATO adalah tidak boleh diterima, kata Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Erdogan label Netanyahu sebagai sakit mental
Erdogan mendakwa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berusaha meluaskan konflik di Gaza ke Lubnan dalam satu langkah.
Iran, Turki sambut baik tindakan Hamas terima cadangan gencatan senjata
Langkah Hamas penting dari segi "kecerdasan politik penentangan" dan Israel digesa lakukan perkara yang sama.