[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
DUNIA

Erdogan kecam UNSC kerana gagal hentikan perang di Gaza

Bernama 25/09/2024 | 04:00 MYT
Erdogan turut menyokong hak sah rakyat Palestin untuk "melawan" dan menyeru agar Palestin diiktiraf sebagai sebuah negara yang merdeka. - Foto AP
ISTANBUL: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengkritik Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) kerana gagal menghentikan apa yang disifatkannya sebagai "genosid" di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
"Apa yang anda tunggu untuk menghalang genosid di Gaza dan menghentikan kekejaman serta kebiadaban ini?," kata Erdogan semasa Perbahasan Umum di Perhimpunan Agung PBB di New York pada Selasa.
"Seperti mana Hitler dihentikan oleh perikatan kemanusiaan 70 tahun lalu, Netanyahu dan rangkaian pembunuhnya juga mesti dihentikan oleh perikatan kemanusiaan," katanya sambil menyamakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan Adolf Hitler.
Erdogan turut menyokong hak sah rakyat Palestin untuk "melawan" dan menyeru agar Palestin diiktiraf sebagai sebuah negara yang merdeka.
Erdogan sebelum ini pernah menyifatkan kumpulan Islam Palestin, Hamas, sebagai "organisasi pembebasan,".
-- BERNAMA
#Recep Tayyip Erdogan #UNSC #Gaza #terkini