awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru wanita rugi lebih RM140,000 ditipu lelaki menyamar pegawai NSRC
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga 29 Dis
Kekasih didakwa bunuh Suri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Erdogan menang Pilihan Raya Presiden Turkiye

Astro Awani
Astro Awani
28/05/2023
22:40 MYT
Erdogan menang Pilihan Raya Presiden Turkiye
Kiraan rasmi menunjukkan Erdogan peroleh 52.14 peratus sokongan. - Foto REUTERS
ANKARA: Presiden Recep Tayyip Erdogan menang pusingan kedua Pilihan Raya Presiden Turkiye, sekali gus melanjutkan pemerintahannya untuk lima tahun lagi.
Lembaga Pilihan Raya negara itu mengesahkan dengan 99 peratus undi selesai dikira, kiraan rasmi menunjukkan Erdogan peroleh 52.14 peratus sokongan.
Sementara itu seteru Erdogan, Kemal Kilicdaroglu menerima 48.09 peratus undi secara keseluruhannya.
Kilicdarogu bagaimanapun mendakwa, pilihan raya berlangsung dalam keadaan tidak adil.
Pusingan pengundian pertama pada 14 Mei menyaksikan tiada pihak mendapat 50 peratus undi mutlak.
Erdogan menjadi Perdana Menteri pada 2003 dan menyusul menjadi Presiden pada 2014.
Pilihan raya kali ini disifatkan paling signifikan buat Turkiye.
Pembangkang sebelum ini yakin ada peluang menyingkirkan Erdogan selepas kemerosotan popularitinya, gara-gara krisis kos sara hidup.
Sebaliknya, kemenangan ini akan mengukuhkan lagi imejnya selepas mengubah dasar domestik, ekonomi, keselamatan dan dasar luar.
Ini termasuk meletakkan imejnya sebagai kuasa serantau dengan peranan semakin besar dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Topic Berkaitan
#Recep Tayyip Erdogan
#pilihan raya presiden
#Kemal Kilicdaroglu
#Lembaga Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan