DUNIA
Ethiopia perkenal pemeriksaan kesihatan ketat bendung penularan mpox
Saringan dan ujian mpox dimulakan di semua pusat masuk dan keluar negara, termasuk di pintu sempadan dan pintu masuk antarabangsa utama. - AP
ADDIS ABABA: Kementerian Kesihatan Ethiopia mengumumkan pada Rabu, langkah pemantauan dan pemeriksaan kesihatan yang diselaraskan sedang dilaksanakan bagi mencegah kemungkinan wabak mpox, lapor Xinhua.
Pada Ahad lalu, negara di Afrika Timur itu melaporkan kes pertama mpox apabila seorang bayi berusia 21 hari didapati positif virus itu di bandar Moyale, berhampiran sempadan Kenya.
Dalam sidang media pada Rabu, Menteri Kesihatan Mekdes Daba berkata, ujian susulan mengesahkan kedua ibu bapa bayi itu juga dijangkiti virus itu, menjadikan keseluruhan kes sebanyak tiga.
Beliau berkata. aktiviti pengesanan kontak kini sedang dijalankan dengan pasukan respons pantas khas dihantar ke pelbagai wilayah.
Katanya lagi, saringan dan ujian mpox dimulakan di semua pusat masuk dan keluar negara, termasuk di pintu sempadan dan pintu masuk antarabangsa utama.
Kerajaan Ethiopia turut mengenal pasti kawasan yang dianggap berisiko tinggi, kata Daba.
Mpox, yang sebelum ini dikenali sebagai cacar monyet (monkeypox), pertama kali dikesan pada monyet makmal pada 1958. Ia adalah penyakit virus yang jarang berlaku dan boleh merebak melalui cecair badan, titisan pernafasan serta bahan tercemar. Jangkitan ini sering menyebabkan demam, ruam dan pembengkakan kelenjar limfa.
-- BERNAMA