awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU hentikan pemberian visa berbilang kemasukan kepada warga Rusia

Bernama
Bernama
07/11/2025
21:10 MYT
EU hentikan pemberian visa berbilang kemasukan kepada warga Rusia
Warga Rusia kini perlu memohon visa baharu setiap kali mereka ingin memasuki EU bagi membolehkan pemohon diperiksa dengan lebih kerap. - Gambar AP
BRUSSELS: Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) tidak lagi akan mengeluarkan visa berbilang kemasukan kepada warga Rusia susulan "tindakan sabotaj dan kemungkinan penyalahgunaan" visa, menurut Suruhanjaya Eropah pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Suruhanjaya itu berkata, warga Rusia kini perlu memohon visa baharu setiap kali mereka ingin memasuki EU bagi membolehkan pemohon diperiksa dengan lebih kerap serta mengurangkan potensi risiko keselamatan.
"Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah mewujudkan persekitaran keselamatan paling berbahaya di Eropah sejak beberapa dekad. Kini kita berdepan gangguan dron dan sabotaj yang tidak pernah berlaku di wilayah kita," kata diplomat tertinggi EU, Kaja Kallas, dalam satu kenyataan.
"Kita mempunyai tanggungjawab untuk melindungi rakyat kita. Peraturan yang lebih ketat kini akan dikenakan terhadap warga Rusia yang memohon visa untuk melancong ke EU," katanya sambil menambah bahawa "perjalanan ke dan pergerakan bebas dalam EU adalah satu keistimewaan, bukannya hak."
Menurut jurucakap Suruhanjaya Eropah, jumlah visa yang dikeluarkan kepada warga Rusia telah menurun daripada empat juta kepada sekitar 500,000 dalam tempoh beberapa tahun.
Angka yang masih dianggap agak tinggi itu baru-baru ini menimbulkan rasa tidak puas hati dan kritikan, terutamanya dalam kalangan negara EU di timur, yang berpendapat warga Rusia berpendapatan tinggi masih dapat bercuti di Eropah sedangkan rakyat Ukraine terus terbunuh akibat peperangan yang dicetuskan oleh Rusia.
EU baru-baru ini turut memutuskan untuk menyekat kebebasan bergerak diplomat dan pegawai konsular Rusia serta kakitangan dan ahli keluarga mereka berikutan kebimbangan terhadap kegiatan pengintipan dan penyebaran maklumat palsu.
Mulai 25 Jan tahun depan, mereka perlu mendaftar perjalanan antara negara anggota EU sekurang-kurangnya 24 jam lebih awal di negara destinasi dan transit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Visa
#kemasukan ke EU
#Kesatuan Eropah
#warga Rusia
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan