DUNIA
EU kenakan denda AS$140 juta ke atas platform media sosial X
Kesatuan Eropah mengenakan denda EUR120 juta (AS$140 juta) ke atas platform media sosial X kerana melanggar peraturan ketelusannya. - Foto hiasan/REUTERS
BRUSSELS: Kesatuan Eropah mengenakan denda EUR120 juta (AS$140 juta) ke atas platform media sosial X kerana melanggar peraturan ketelusannya, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Suruhanjaya Eropah menuduh X mengesahkan akaun pengguna dengan tanda semak biru secara mengelirukan, menahan data daripada penyelidik serta gagal mendokumentasikan iklan yang disiarkan di platform itu dengan telus.
Suruhanjaya menegaskan bahawa jumlah denda itu adalah sepadan dengan pelanggaran tersebut ketika membuat pengumuman pada Jumaat.
"Menipu pengguna dengan tanda semak biru, menyembunyikan maklumat iklan dan menutup akses penyelidik, tidak boleh diterima dalam ruang digital EU," kata Naib Presiden Suruhanjaya Eropah Henna Virkkunen.
X boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap keputusan itu, yang akhirnya boleh membawa kes tersebut ke Mahkamah Keadilan Eropah (ECJ).
Keputusan terhadap X itu dibuat berdasarkan Akta Perkhidmatan Digital (DSA) EU. Ia berpotensi mengeruhkan lagi hubungan dengan Amerika Syarikat (AS).
Naib Presiden AS JD Vance menulis di X pada Khamis bahawa "EU sepatutnya menyokong kebebasan bersuara, bukan menyerang syarikat Amerika atas perkara remeh". Presiden AS Donald Trump sebelum ini turut mengkritik undang-undang digital Eropah sebagai tidak berdaya saing.
-- BERNAMA