DUNIA
EU kesal keputusan AS kenakan sekatan ke atas 4 hakim ICC - Suruhanjaya
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap beberapa pemimpin dunia, termasuk Presiden Rusia Vladimir Putin dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu. - AP
MOSCOW: Kesatuan Eropah (EU) menyatakan kekesalan terhadap keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan sekatan terhadap empat hakim Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), kata jurucakap Suruhanjaya Eropah bagi hal ehwal luar Anitta Hipper, pada Khamis, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Pada Rabu, AS memasukkan tambahan nama Hakim ICC Nicolas Gillou dari Perancis dan Kimberly Prost dari Kanada, serta Timbalan Pendakwa Raya Nazhat Shameem Khan dari Fiji dan Mame Mandiaye Niang dari Senegal ke dalam senarai sekatan.
AS mendakwa mereka terbabit secara langsung dalam usaha ICC untuk menyiasat, menangkap, menahan atau mendakwa warga AS atau Israel, "tanpa kebenaran daripada mana-mana negara itu."
"Mengenai sekatan AS, EU sekali lagi sangat kesal dengan keputusan mengenakan sekatan terhadap empat hakim ICC," kata Hipper dalam satu taklimat media.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap beberapa pemimpin dunia, termasuk Presiden Rusia Vladimir Putin dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Keputusan itu menerima pelbagai kritikan. Beberapa negara, termasuk Hungary memutuskan untuk menarik diri daripada ICC, manakala Presiden AS ketika itu, Donald Trump, menandatangani perintah eksekutif untuk mengenakan sekatan terhadap ICC atas tindakannya terhadap Washington dan sekutunya, termasuk Israel.
Perintah itu menyatakan yang AS akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab atas 'kesalahan' ICC, termasuk pembekuan aset, penyitaan harta benda dan penggantungan kemasukan ke AS bagi kakitangan ICC serta ahli keluarga mereka.
-- BERNAMA