EU lancar peraturan digital kawal syarikat gergasi teknologi

Astro Awani
Disember 16, 2020 03:43 MYT
Syarikat teknologi besar bakal berdepan denda yang tinggi di Britain dan Kesatuan Eropah (EU) jika bersaing secara tidak adil atau gagal melindungi pengguna di platform mereka. -Gambar fail
Syarikat teknologi besar bakal berdepan denda yang tinggi di Britain dan Kesatuan Eropah (EU) jika bersaing secara tidak adil atau gagal melindungi pengguna di platform mereka.
EU menggariskan penambahbaikan peraturan digital sementara Britain mengumumkan pelannya sendiri untuk meningkatkan polisi mengenai kandungan terlarang dan berbahaya dalam talian.
Perkembangan ini menandakan fasa baharu peraturan teknologi berikutnya di Eropah.
Kedua-dua set cadangan merangkumi tindakan khusus yang ditujukan untuk syarikat-syarikat teknologi utama.
EU ingin menetapkan peraturan baharu menghalang syarat yang tidak adil seperti menyekat perniagaan mengakses data mereka sendiri atau mengehadkan pengguna dalam perkhidmatan yang akan membataskan pilihan.
Jika ia dilanggar, gergasi digital boleh didenda sehingga 10 peratus pendapatan global tahunan.
#Kesatuan Eropah #EU #bersaing secara tidak adil #gagal melindungi pengguna #peraturan digital #syarikat teknologi utama #gergasi digital #pendapatan global tahunan