DUNIA
EU lanjutkan sekatan ekonomi terhadap Rusia selama enam bulan lagi
Menurut EU, semua langkah berkenaan akan dikekalkan selagi tindakan Rusia berterusan dan ia boleh mengenakan langkah tambahan jika perlu. - Foto fail/REUTERS
BRUSSELS: Majlis Kesatuan Eropah (EU) memperbaharui sekatan ekonomi menyeluruh terhadap Rusia pada Isnin untuk tempoh enam bulan lagi, melanjutkan langkah sekatan blok itu sehingga 31 Julai 2026, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
Semua langkah merangkumi pelbagai sektor itu, yang mula dikenakan pada 2014 diperluaskan dengan ketara selepas Februari 2022. Sekatan berkenaan melibatkan sekatan luas ke atas perdagangan, kewangan, tenaga, teknologi dan barangan dwi-guna, industri, pengangkutan serta barangan mewah, menurut kenyataan Majlis EU.
Ia juga merangkumi larangan mengimport atau memindahkan minyak mentah yang diangkut melalui laut serta produk petroleum tertentu dari Rusia ke EU, penyingkiran beberapa bank Rusia daripada sistem Persatuan Telekomunikasi Kewangan Antara Bank Sedunia (SWIFT), serta penggantungan aktiviti dan lesen penyiaran di dalam blok itu terhadap beberapa saluran media yang disokong Rusia dan dituduh menyebarkan maklumat palsu.
EU turut melaksanakan langkah bersasar bagi mencegah pengelakan sekatan, menurut kenyataan itu.
Menurut EU, semua langkah berkenaan akan dikekalkan selagi tindakan Rusia berterusan dan ia boleh mengenakan langkah tambahan jika perlu.
Kenyataan itu juga mengesahkan semula komitmen EU untuk terus memberikan sokongan kepada Ukraine.
Minggu lepas, Majlis Eropah meluluskan pakej pinjaman bernilai EUR90 bilion (kira-kira AS$105.4 bilion) bagi menyokong keperluan ketenteraan dan ekonomi Ukraine dalam tempoh dua tahun akan datang.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- EU memperbaharui sekatan ekonomi terhadap Rusia selama enam bulan lagi sehingga 31 Julai 2026, termasuk pelbagai sektor seperti perdagangan, kewangan, dan teknologi.
- Sekatan tersebut melibatkan larangan import minyak mentah dari Rusia ke EU, penyingkiran beberapa bank Rusia dari sistem SWIFT, serta penggantungan saluran media yang disokong Rusia di EU.
- EU menegaskan komitmen untuk menyokong Ukraine dengan meluluskan pakej pinjaman EUR90 bilion untuk bantuan ketenteraan dan ekonomi negara itu.