awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
CAS benarkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya kembali beraksi - FAM
Lelaki warga emas meninggal dunia ketika terima rawatan akibat dipukul
ICC beri lampu hijau perbicaraan bekas Presiden Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU pindahkan 1.5 bilion euro aset Rusia yang dibekukan ke Ukraine

Bernama
Bernama
27/07/2024
06:15 MYT
EU pindahkan 1.5 bilion euro aset Rusia yang dibekukan ke Ukraine
EU berkata ini adalah pembayaran pertama yang diperoleh daripada aset Rusia yang tidak bergerak. - Foto Reuters
BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan pada Jumaat bahawa ia telah memindahkan aset Rusia yang dibekukan bernilai 1.5 bilion euro (AS$1.62 bilion) kepada Ukraine, lapor Xinhua.
Pemindahan dana ini dimungkinkan selepas EU menerima pakai satu set tindakan undang-undang pada Mei, membenarkan penggunaan keuntungan bersih ini untuk kepentingan Ukraine.
Dalam satu kenyataan, EU berkata ini adalah pembayaran pertama yang diperoleh daripada aset Rusia yang tidak bergerak. Dana itu akan diperuntukkan melalui Kemudahan Keamanan Eropah dan kepada Kemudahan Ukraine.
Sebanyak 1.4 bilion euro yang diperuntukkan kepada Kemudahan Keamanan Eropah akan digunakan untuk membiayai pemerolehan peralatan ketenteraan keutamaan, termasuk sistem pertahanan udara dan peluru artileri, kata wakil tinggi EU untuk hal ehwal luar, Josep Borrell.
"Tiada simbol atau kegunaan yang lebih baik untuk wang Kremlin daripada menjadikan Ukraine dan seluruh Eropah tempat yang lebih selamat untuk didiami," kata Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen.
Kremlin telah mengutuk keputusan EU sebagai menyalahi undang-undang. "Ini sememangnya sebab untuk tindakan bernas sebagai tindak balas kepada keputusan haram yang sedang dilaksanakan oleh Kesatuan Eropah," kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov, memberi amaran bahawa langkah itu tidak akan dibiarkan tanpa jawapan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kesatuan Eropah
#EU
#aset Rusia
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan