[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
DUNIA

EU rangka sekatan luar biasa terhadap Rusia - Macron

Bernama 18/06/2025 | 08:45 MYT
Macron menegaskan bahawa sokongan strategik AS terhadap Ukraine adalah penting untuk mengekalkan kredibiliti keselamatan global, khususnya di rantau Indo-Pasifik. - Gambar/ AP
MOSCOW: Kesatuan Eropah (EU) menyediakan pakej sekatan baharu yang disifatkan sebagai "luar biasa" terhadap Rusia, kata Presiden Perancis Emmanuel Macron, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Ringkasan AI
  • Kesatuan Eropah (EU) menyediakan pakej sekatan baharu yang lebih tegas dan luar biasa terhadap Rusia berhubung konflik di Ukraine, dengan sokongan daripada Presiden Perancis Emmanuel Macron dan senator AS.
  • Macron menegaskan bahawa sokongan strategik AS terhadap Ukraine adalah penting untuk mengekalkan kredibiliti keselamatan global, khususnya di rantau Indo-Pasifik.
  • Sekatan dan bantuan ketenteraan kepada Ukraine dilihat sebagai langkah untuk memaksa Rusia kembali ke meja rundingan dan menyelesaikan konflik secara diplomatik.

"Bagi isu Ukraine, pendirian bersama kami adalah perlunya memperkukuh sekatan -- inilah yang telah disediakan oleh Eropah menerusi sekatan baharu yang tiada tandingan dan jauh lebih tegas, serta turut disokong oleh senator AS," kata Macron kepada wartawan selepas Sidang Kemuncak G7 di Kanada pada Selasa.
Beliau menambah bahawa Presiden AS menyokong sekatan itu, namun tidak mahu melaksanakannya secara bersendirian.
Menurut Macron, adalah penting dari sudut strategi untuk AS membantu menyelesaikan konflik di Ukraine.
"Kerana pihak yang membiarkan Ukraine menyerah kalah akan hilang kredibiliti sepenuhnya untuk menjamin keselamatan di mana-mana wilayah lain, terutamanya di Indo-Pasifik.
"Maka, adalah demi kepentingan strategik AS untuk meneruskan usaha ini bersama kami -- melalui sekatan dan sokongan ketenteraan kepada Ukraine -- bagi memaksa Rusia kembali ke meja rundingan," katanya.
-- BERNAMA
#EU #Emmanuel Macron #Rusia #sekatan