awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU setuju tingkat peranan Europol hadapi penyeludupan migran, pemerdagangan manusia

Bernama
Bernama
26/09/2025
22:50 MYT
EU setuju tingkat peranan Europol hadapi penyeludupan migran, pemerdagangan manusia
Peraturan baharu itu akan mengukuhkan obligasi perkongsian maklumat mengenai penyeludupan migran dan pemerdagangan manusia antara pihak berkuasa negara dan Europol. - Foto AP
BRUSSELS: Parlimen Eropah dan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) mencapai persetujuan sementara untuk memperkukuh peranan Europol dalam menyokong negara anggota membanteras penyeludupan migran dan pemerdagangan manusia, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Perjanjian itu memberi penekanan khusus kepada pengukuhan perkongsian maklumat antara negara anggota dan Europol untuk meningkatkan kerjasama di peringkat EU. Perjanjian sementara ini tertakluk kepada pengesahan oleh Majlis dan Parlimen Eropah.
Peraturan baharu itu meminda mandat Europol, iaitu agensi EU yang membantu badan penguatkuasaan undang-undang negara dalam memerangi jenayah terancang dan keganasan.
Setelah diterima pakai, peraturan baharu itu akan mengukuhkan obligasi perkongsian maklumat mengenai penyeludupan migran dan pemerdagangan manusia antara pihak berkuasa negara dan Europol.
Perjanjian itu juga menyatakan bahawa maklumat relevan mengenai penyeludupan migran dan pemerdagangan manusia daripada pegawai perhubungan imigresen, yang ditempatkan oleh negara anggota di negara ketiga, harus dikongsi dengan Europol.
Majlis dan Parlimen Eropah bersetuju yang Pusat Eropah Membasmi Penyeludupan Migran akan ditubuhkan sebagai struktur tetap dalam Europol. Pusat itu akan menyediakan sokongan strategik, operasi, dan teknikal kepada negara anggota untuk mencegah dan memerangi penyeludupan migran dan pemerdagangan manusia. Ia juga akan membantu menyokong pengenalan mangsa pemerdagangan dan individu rentan yang lain.
Frontex, agensi sempadan EU dan Eurojust iaitu agensi Kesatuan Eropah untuk kerjasama keadilan jenayah akan menempatkan pegawai perhubungan ke pusat itu mengikut mandat mereka.
Selain itu, Europol akan menerima tambahan 50 kakitangan dan EUR50 juta dana untuk melaksanakan tugas baharu itu.
Dianggarkan lebih daripada 90 peratus migran tanpa izin yang tiba di EU menggunakan perkhidmatan penyeludup, dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan rangkaian penyeludupan meraih antara EUR4.7 bilion hingga EUR6 bilion setiap tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyeludupan migran
#pemerdagangan manusia
#Europol
#EU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan