INTERNATIONAL
EU umum pakej bantuan AS$6.3 bilion untuk Syria
Suica turut menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang berusaha mengumpulkan sumber dan mencari jalan untuk menyokong Syria serta negara-negara jiran yang menampung pelarian Syria. - Gambar Reuters
ISTANBUL: Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan pakej bantuan berjumlah EUR5.8 bilion (AS$6.3 bilion) untuk Syria dalam Persidangan Penderma Tahunan kesembilan yang diadakan pada Isnin di Brussels, lapor Anadolu Ajansi.
"Saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa secara keseluruhan, kami menjanjikan bantuan sebanyak EUR5.8 bilion dalam bentuk geran dan pinjaman, termasuk EUR4.2 bilion dalam geran dan EUR1.6 bilion dalam pinjaman," kata Pesuruhjaya EU, Dubravka Suica.
Beliau turut menekankan bahawa EU dan negara-negara anggotanya kekal sebagai penyumbang terbesar, menyumbang 80 peratus daripada jumlah geran yang dicagarkan.
"Selain geran, institusi kewangan antarabangsa dan penderma turut mengumumkan pinjaman konsesi berjumlah EUR1.6 bilion," katanya.
Suica turut menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang berusaha mengumpulkan sumber dan mencari jalan untuk menyokong Syria serta negara-negara jiran yang menampung pelarian Syria.
"Sumbangan anda menegaskan sokongan kuat dan berterusan daripada masyarakat antarabangsa untuk rakyat, termasuk pelarian Syria, negara tuan rumah dan komuniti penerima dalam tempoh perubahan kritikal bagi Syria ini," katanya.
Beliau juga menyifatkan kejatuhan rejim Assad pada Disember lalu sebagai "peluang bersejarah" untuk memastikan masa depan yang lebih baik bagi semua rakyat Syria, menyokong proses peralihan, serta membantu dalam usaha penyatuan, kestabilan dan pemulihan negara itu.
Presiden EU Ursula von der Leyen, sebelum ini turut mengumumkan bahawa EU akan meningkatkan komitmennya kepada rakyat Syria kepada sekitar EUR2.5 bilion bagi 2025 dan 2026.
Persidangan tahun ini turut dihadiri oleh Menteri Luar Syria, Asaad al-Shaibani.
-- BERNAMA