DUNIA
EU umum pusingan ke-18 sekatan terhadap Rusia
EU akan mengenakan sekatan terhadap sebuah kilang penapis minyak milik Rusia di India dan menyenaraihitamkan lebih 100 lagi kapal daripada "armada bayangan" Rusia. - AP
BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) meluluskan satu lagi pusingan sekatan terhadap Rusia pada Jumaat, menurut Wakil Tinggi EU bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Kaja Kallas, lapor Xinhua.
"EU baru sahaja meluluskan antara pakej sekatan paling tegas terhadap Rusia setakat ini," menurut catatan Kallas di platform media sosial X.
Pakej itu mengandungi peruntukan untuk menurunkan had harga minyak Rusia yang dijual kepada negara ketiga sebanyak 15 peratus di bawah harga pasaran. Had harga itu, yang pada asalnya ditetapkan pada AS$60 setong oleh G7 pada 2022, kini ditetapkan pada AS$47.60 di bawah skim baharu EU ini, dengan fleksibiliti untuk disesuaikan mengikut pergerakan harga minyak global pada masa akan datang.
Sebagai sebahagian pakej itu, langkah turut diambil untuk memastikan saluran paip gas Nord Stream 1 dan 2 di Laut Baltik tidak dapat diaktifkan semula.
Selain itu, Kallas berkata EU akan mengenakan sekatan terhadap sebuah kilang penapis minyak milik Rusia di India dan menyenaraihitamkan lebih 100 lagi kapal daripada "armada bayangan" Rusia yang dipercayai cuba mengelak sekatan EU dengan membawa minyak mentah Rusia.
Slovakia, yang amat bergantung kepada gas Rusia, sebelum ini menangguhkan kelulusan pakej sekatan EU itu. Namun, pada Khamis malam, negara itu bersetuju untuk meluluskan sekatan baharu EU selepas mendapat jaminan daripada Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen, bahawa kepentingan tenaga Slovakia akan dilindungi.
-- BERNAMA