awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Apa yang saya risau FAM bergantung kepada laporan polis tapi tidak lakukan pembetulan dalam tadbir urus'
[TERKINI] Kes 1MDB: “Saya akan terus tuntut hak saya” - Najib Razak
Uzbekistan sedia lancar satelit, hantar angkasawan ke angkasa lepas - Presiden
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAA AS gantung penerbangan semua pesawat Boeing MD-11, arah semakan keselamatan menyeluruh

Bernama
Bernama
10/11/2025
01:35 MYT
FAA AS gantung penerbangan semua pesawat Boeing MD-11, arah semakan keselamatan menyeluruh
Pemandangan udara lokasi nahas di sebelah landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Muhammad Ali susulan nahas pesawat kargo UPS di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat, 7 Nov 2025. REUTERS
WASHINGTON: Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) pada Ahad mengumumkan penggantungan sementara semua pesawat McDonnell Douglas MD-11 dan MD-11F yang dikeluarkan oleh Boeing bagi membolehkan pemeriksaan keselamatan menyeluruh dijalankan, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Keputusan itu dibuat susulan nahas maut minggu lepas di Kentucky.
Arahan tersebut dikeluarkan selepas sebuah pesawat MD-11 terlibat dalam nahas di Kentucky, mengorbankan sekurang-kurangnya 14 nyawa.
Selain itu, FAA turut mengeluarkan arahan kecemasan mengenai kelayakan udara yang melarang sebarang penerbangan pesawat berkenaan sehingga pemeriksaan menyeluruh selesai dan semua langkah pembetulan dilaksanakan.
FAA menjelaskan penggantungan itu berpunca daripada insiden ketika enjin kiri dan pilon pesawat tercabut semasa berlepas, satu keadaan tidak selamat yang dipercayai wujud atau boleh berlaku pada pesawat lain dengan reka bentuk yang sama.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) mengesahkan pesawat yang terlibat dalam nahas itu dibina pada 1991 dan kemudiannya diubah suai untuk operasi kargo.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Boeing
#gantung penerbangan
#nahas pesawat kargo UPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan