awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DPMM FC mulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan
Aaron-Wooi Yik gagal ke final Terbuka India
Bekas PM Jepun Yoshihide Suga bersara, mahu beri laluan kepada pemimpin muda
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Face Time dan Roblox diharamkan di Rusia

Amanz
Amanz
05/12/2025
01:30 MYT
Face Time dan Roblox diharamkan di Rusia
Jika panggilan Face Time cuba dilakukan oleh pengguna di Rusia, peranti akan memaparkan notifikasi “Pengguna tidak boleh dihubungi”. - Foto Amanz
PERKHIDMATAN Persekutuan untuk Penyeliaan Komunikasi, Teknologi Maklumat dan Media Massa Rusia (Roskomnadzor) telah mengharamkan ciri panggilan video Apple Face Time di negara tersebut.
Menurut mereka, Face Time ialah ciri komunikasi yang digunakan untuk mengatur dan menjalankan serangan pengganas, merekrut penjenayah, dan melakukan penipuan serta jenayah lain terhadap warga Rusia.
Pengguna Apple di Rusia melaporkan apabila panggilan video Face Time cuba dijawab ia tidak boleh disambung.
Jika panggilan Face Time cuba dilakukan pula peranti akan memaparkan notifikasi “Pengguna tidak boleh dihubungi”.
Malah, semalam Roskomnadzor turut telah mengharamkan Roblox daripada diakses pengguna dalam negara kerana didakwa digunakan propaganda LBGTQ+ dan juga menyebarkan kandungan ekstremis.
Sejak menyerang Ukraine, Rusia menghalang pelbagai aplikasi negara luar.
Dua tahun lalu Rusia mengharamkan penjawat awam daripada menggunakan peranti Apple.
Ini selepas agensi perisikan Rusia, FSB mendakwa Apple membantu Amerika mengintip peranti milik penjawat awam Rusia. - Reuters
Topic Berkaitan
#Rusia
#roblox
#jenayah
#pengganas
#Face Time
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan