DA NANG: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya dari Vietnam dan Kemboja, di luar Persidangan Menteri-menteri ASEAN Bertanggungjawab Bagi Maklumat (AMRI) ke-16, di sini hari ini.
Perjumpaan Fahmi dengan Menteri Komunikasi dan Maklumat Vietnam Nguyen Manh Hung yang berlangsung selama 40 minit membincangkan antaranya membentuk kerjasama mendalam antara agensi di kedua-dua kementerian, termasuk pertukaran berita dan teknologi komunikasi.
Kedua-dua menteri juga berbincang panjang lebar mengenai peraturan untuk dikenakan ke atas gergasi Internet bagi mengimbangi saluran berita untuk kandungan yang diperoleh daripada mereka, merujuk kepada Australia dan New Zealand sebagai contoh dalam menangani isu sama.
Semasa pertemuan itu, Fahmi berkata ketika ini Malaysia sedang membuat sedikit pelarasan mengenai perincian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Vietnam dalam bidang komunikasi dan maklumat.
Sementara itu, Menteri Komunikasi Kemboja Neth Pheaktra memuji Malaysia kerana terkehadapan dalam bidang kewartawanan, sambil menambah Kemboja berminat untuk mempelajari dengan lebih lanjut lagi mengenai bidang ini memandangkan negara itu sedang dalam proses menubuhkan institut kewartawanan dan perhubungan awam.
Dalam mesyuarat selama 40 minit itu, kedua-dua menteri itu melahirkan kebimbangan mereka mengenai penggunaan media sosial dalam aktiviti penipuan dan menyebarkan maklumat palsu kerana ia boleh memberikan kesan buruk kepada rakyat.
Pheaktra yang baru dilantik ke jawatan itu minggu lepas, juga menzahirkan minat Kemboja terhadap kandungan mengenai Islam dan berharap untuk mempelajari pengalaman Malaysia memandangkan ia mempunyai sejuta umat Islam.
Kedua-dua mesyuarat dua hala itu juga dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan (JaPen) Datuk E.Sivabalan.
Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita) Nur-ul Afida Kamaludin dan pegawai tinggi daripada KKD dan agensinya.
Vietnam dan Kemboja antara negara anggota ASEAN menyertai AMRI ke-16 di Furama Resort Danang, di sini yang berakhir esok.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2023

Perjumpaan Fahmi dengan Nguyen Manh Hung membincangkan antaranya membentuk kerjasama mendalam antara agensi di kedua-dua kementerian. - Gambar Bernama

NASA raikan ulang tahun ke-25 Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa
Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat NASA pada Rabu meraikan ulang tahun ke-25 permulaan operasi Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), lapor agensi berita Jerman (dpa).

Imigresen usir lebih 30,000 pendatang tanpa izin sejak Januari - Ruslin
Jabatan Imigresen telah mengusir seramai 35,802 pendatang tanpa izin sejak Januari hingga November lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh.

Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah
Usaha membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan perlu diperkasakan dan melalui proses transformasi supaya wilayah itu berada pada landasan tepat bagi menuju era digitalisasi.

Kerajaan beri lebih tumpuan kepada penyelesaian masalah kemudahan asas di Labuan - PM
Kerajaan Persekutuan akan memberi fokus kepada penyelesaian masalah kemudahan asas untuk rakyat daripada mengutamakan kepada projek pembangunan infrastruktur yang masih boleh ditangguhkan.
[TERKINI] Zayn Rayyan selamat dikebumikan
Untuk mengetahui laporan terkini berhubung pengebumian Zayn Rayyan, terus bersama Ridauddin di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.
PISA 2022: KPM akan kembali fokus kepada 3M
Kesenjangan pembelajaran ini adalah isu bersama dan perlu ditangani dengan cara berbeza dan lebih kreatif untuk mendapatkan impak yang lebih ketara.

Malaysia perlu anjakan paradigma dalam produktiviti dan kadar upah lebih tinggi - MITI
Majikan memerlukan anjakan paradigma dalam melabur dalam produktiviti dan sanggup membayar kadar upah yang lebih tinggi untuk kemahiran.
PISA 2022: Pencapaian Malaysia merosot, pandemik COVID-19 dijadikan punca
Keciciran pembelajaran ketika pandemik COVID-19 dilihat sebagai faktor utama yang mempengaruhi pencapaian murid sekolah Malaysia dalam laporan Programme for International Student Assesment (PISA) 2022.
MIDF Research jangka pertumbuhan KDNK naik kepada 4.7% pada 2024
MIDF Research menjangkakan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat kepada 4.7 peratus pada 2024, disokong oleh pemulihan dalam perdagangan luar dan pertumbuhan yang mampan dalam permintaan domestik.

UTP, JBPM Seri Iskandar terima anugerah berprestij inovasi pintar
UTP JBPM Seri Iskandar telah mendapat pengiktirafan menerusi kerjasama cemerlang mereka dalam inovasi Smart Home Guard.

KKD fokus persediaan Malaysia Pengerusi ASEAN 2025 menerusi platform AMRI - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital akan menumpukan usaha sebagai persediaan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 menerusi platform AMRI.

Fahmi adakan menyuarat dua hala di Da Nang
Fahmi mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya dari Vietnam dan Kemboja, di luar Persidangan Menteri-menteri ASEAN Bertanggungjawab Bagi Maklumat (AMRI) ke-16, di sini hari ini.

Hampir 2 bilion panggilan, 581 juta SMS mencurigakan berjaya disekat - Fahmi
Hampir dua bilion panggilan dan 581 juta SMS mencurigakan disekat daripada sampai kepada pengguna Malaysia.

Da Nang jadi hos persidangan ASEAN tentang maklumat
Vietnam akan menjadi tuan rumah Persidangan Menteri ASEAN yang Bertanggungjawab bagi Maklumat (AMRI) dan mesyuarat berkaitan dari 20 hingga 23 Sept ini.