awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
Ribut petir, hujan lebat di lapan negeri sehingga 9 malam ini
PNB hanya pemegang saham minoriti IJM, tiada kawalan keputusan - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Farel Prayoga ceriakan sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia, nyanyian tular, menteri ikut menari

Nailah Huda
Nailah Huda
17/08/2022
11:27 MYT
Farel Prayoga ceriakan sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia, nyanyian tular, menteri ikut menari
Nyanyian Farel mencuri perhatian ramai, malah menyebabkan tetamu kenamaan termasuk Jokowi sendiri ketawa. - Gambar/ Tangkap layar YouTube Jelajah TV
SAMBUTAN Hari Kemerdekaan Republik Indonesia ke-77 di Istana Presiden, Jakarta, hari ini dimeriahkan dengan persembahan penyanyi cilik, Farel Prayoga.
Nyanyian Farel mencuri perhatian ramai, malah menyebabkan tetamu kenamaan termasuk Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi sendiri tersenyum dan ketawa.
Ramai juga tetamu termasuk orang kenamaan dan menteri dilihat turut menari disebabkan terhibur dengan persembahan Farel yang berusia 12 tahun itu.
Tanpa menunjukkan sedikitpun rasa gementar, Farel tampil di pentas dengan menyanyikan lagu Ojo Dibandingke pada penghujung acara.
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi tersenyum dan ketawa menyaksikan persembahan Farel. - Gambar/ YouTube Sekretariat Presiden
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi tersenyum dan ketawa menyaksikan persembahan Farel. - Gambar/ YouTube Sekretariat Presiden
Antara yang dilihat turun berjoget bersama adalah Menteri Pertahanan Prabowo Subianto, Menteri Kewangan Sri Mulyani dan Menteri Luar Retno Marsudi serta artis, Reza Rahardian dan Indra Bekti.
Penonton turut bersorak apabila Farel menukar lirik lagu sebagai penghargaan kepada Presiden Joko Widodo yang dilihat memakai pakaian tradisional dari Buton, Sulawesi Tenggara.
Farel yang berasal dari Banyuwangi mula tular di media sosial selepas lagu Ojo Dibandingke yang dinyanyikan Farel kerap digunakan sebagai muzik latar belakang di aplikasi TikTok.
Topic Berkaitan
#Hari Kemerdekaan Indonesia
#Farel Prayoga
#persembahan tular
#Jokowi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan