TALLAHASSEE: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendapatkan semula dokumen yang dilabelkan sebagai "rahsia besar" selepas serbuan di premis milik bekas presiden Donald Trump di Mar-a-Lago, Florida, Amerika Syarikat (AS).
Menurut dokumen mahkamah yang dikeluarkan pada Jumaat, ejen FBI telah mengambil 11 set rekod sulit daripada serbuan dilakukan Isnin lepas.
Dokumen yang dirampas termasuk beberapa yang ditanda bukan sahaja maklumat rahsia, tetapi dalam kategori maklumat sensitif iaitu kategori khas yang bertujuan melindungi rahsia paling penting negara.
Sekiranya didedahkan secara terbuka, ia boleh menyebabkan kerosakan 'sangat teruk' kepada kepentingan AS.
FBI sedang menyiasat kemungkinan pelanggaran tiga undang-undang persekutuan yang berbeza termasuk satu yang mengawal pengumpulan, penghantaran atau kehilangan maklumat pertahanan di bawah Akta Pengintipan.
Akta lain ialah penyembunyian, pencacatan atau penyingkiran rekod, pemusnahan, pengubahan atau pemalsuan rekod dalam penyiasatan persekutuan.
Dokumen mahkamah itu juga menunjukkan FBI mengumpul rekod lain, termasuk perintah pengampunan sekutu Trump, Roger Stone dan maklumat tentang "Presiden Perancis."
Ini termasuk nota tulisan tangan yang bertulis "pelbagai dokumen rahsia" dan "pelbagai dokumen sulit" turut dirampas dalam serbuan.
Peguam Trump, Christina Bobb, hadir ketika FBI melakukan serbuan.
Dalam satu kenyataan awal pada Jumaat, Trump mendakwa dokumen yang dirampas FBI "semuanya telah didedahkan," dan mendakwa beliau akan menyerahkannya jika diminta Jabatan Kehakiman.
Astro Awani
Fri Aug 12 2022

Pemandangan udara kediaman Donald Trump di Mar-a-Lago, Palm Beach, Florida di mana FBI melakukan serbuan dan penggeledahan, 9 Ogos 2022. -Gambar fail/REUTERS
EU sokong pihak berkuasa Palestin mentadbir Gaza
EU menyokong Pihak Berkuasa Palestin sebagai pihak yang paling sesuai untuk mentadbir Gaza. Kaja Kallas mengutuk penyambungan semula perang di Gaza dan menyokong gencatan senjata. Beliau juga menegaskan bahawa keganasan oleh peneroka dan pembinaan penempatan baharu melemahkan prospek penyelesaian dua negara.
Agensi pelarian PBB gantung hampir semua bantuan perubatan di Mesir
Agensi pelarian PBB gantung hampir semua bantuan perubatan di Mesir

PN hanya terbuka kerjasama dengan UMNO demi masa depan rakyat – Hamzah
Menurut Hamzah, kenyataan yang dikeluarkannya dalam podcast Keluar Sekejap baru-baru ini disalah tafsir.

BYD atasi Tesla, catat pendapatan AS$107.2 bilion pada 2024
Pendapatan tersebut meningkat 29 peratus berbanding tahun sebelumnya, melebihi unjuran Bloomberg sebanyak CN766 bilion.

Pemandu kereta rempuh penunggang motosikal bawah jejambat ditahan
Siasatan awal mendapati, penunggang motosikal yang berhenti di lorong kecemasan di bawah jejambat, dirempuh sebuah kereta dari belakang.

'Yayasan Amal Malaysia terima dana USAID - fitnah jahat'
Mohd Razali berkata, YAM beroperasi secara bebas dengan berlandaskan prinsip ketelusan, integriti dan kebertanggungjawaban dalam setiap inisiatif.

Agensi pelarian PBB gantung hampir semua bantuan perubatan di Mesir
Mulai sekarang, agensi PBB hanya boleh membiayai rawatan kecemasan dalam situasi yang mengancam nyawa, kata jurucakap UNHCR.

Turkiye penting untuk keselamatan Eropah, kata Erdogan
Erdogan menegaskan bahawa Eropah tidak boleh memastikan keselamatannya tanpa Turkiye.

Pesuruhjaya Perdagangan EU ke Washington untuk elak perang perdagangan
Sefcovic dijadualkan bertemu dengan Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick, dan Wakil Perdagangan, Jamieson Greer.

Angola tarik diri sebagai pengantara konflik DR Congo - Presiden
Pengantara baharu akan dikenal pasti dalam beberapa hari akan datang, kata presiden Angola dalam satu kenyataan.

Program nuklear, rundingan Iran-AS tidak mungkin lagi berlaku
Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi berpendapat rundingan nuklear baharu dengan Amerika Syarikat (AS) tidak mungkin lagi diadakan kecuali berlaku beberapa perubahan.

PM Kanada umum pilihan raya, dakwa Trump ancam kedaulatan
Perdana Menteri Kanada, Mark Carney, umum pilihan raya awal akan diadakan pada 28 April ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AS tarik balik status undang-undang sementara lebih 530,000 migran - Laporan
Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan melucutkan lebih 530,000 migran daripada status sah sementara.

Trump batal kebenaran akses keselamatan Harris, Clinton dan pesaing politik lain
Trump mengarahkan pembatalan kebenaran akses keselamatan beberapa pesaing politik berprofil tinggi, termasuk Kamala Harris dan Hillary Clinton.

Mahkamah Persekutuan AS arah pentadbiran Trump tidak usir pelajar sokong Palestin
Seorang hakim Mahkamah persekutuan telah mengarahkan pentadbiran Presiden Donald Trump untuk tidak mengusir Badar Khan Suri, seorang lelaki India yang merupakan pelajar Universiti Georgetown.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Vandalisme terhadap Tesla lebih teruk daripada serangan Capitol - Trump
Presiden AS Donald Trump berkata gelombang vandalisme yang menyasarkan kereta dan bilik pameran Tesla milik penasihatnya Elon Musk, adalah lebih teruk daripada serangan ke atas bangunan Capitol.

Dua maut dalam serangan dron Rusia di Zaporizhzhia Ukraine
Serangan Rusia mengorbankan dua orang Zaporizhzhia, ke tenggara Ukraine, manakala tiga lagi maut di bahagian utara dan timur negara itu pada Jumaat.

Trump umum Boeing bina jet pejuang generasi baharu AS
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pemberian kontrak bagi pembangunan jet pejuang generasi baharu Tentera Udara AS kepada Boeing.