awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FBI siasat "cubaan bunuh" selepas insiden tembakan berhampiran Trump

Bernama
Bernama
16/09/2024
05:30 MYT
FBI siasat "cubaan bunuh" selepas insiden tembakan berhampiran Trump
Jurucakap Perkhidmatan Rahsia AS mengesahkan bahawa Trump selamat selepas tembakan dilepaskan di padang golf miliknya. - Foto Reuters
WASHINGTON: Insiden tembakan berhampiran bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad sedang disiasat sebagai "yang kelihatan seperti cubaan bunuh," kata Biro Siasatan Persekutuan (FBI), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pasukan kempen Trump berkata calon presiden Republikan itu selamat selepas tembakan dilepaskan "berhampiran beliau" di Florida.
Jurucakap Perkhidmatan Rahsia AS juga mengesahkan bahawa Trump selamat selepas tembakan dilepaskan di padang golf miliknya.
"Seorang suspek telah ditahan oleh polis tempatan, yang menemukan sepucuk raifal AK-47 dengan teleskopik dan kamera di dalam semak di tempat kejadian," kata sherif Palm Beach County, Ric Bradshaw, dalam satu sidang akhbar.
Insiden ini berlaku selepas Trump ditembak dalam satu cubaan bunuh di satu perhimpunan kempen pada Julai.
Terdahulu, dpa melaporkan bahawa jurucakap Perkhidmatan Rahsia AS mengesahkan bahawa calon presiden AS, Donald Trump, berada dalam keadaan selamat selepas laporan tembakan dilepaskan.
"Perkhidmatan Rahsia, bersama-sama dengan Pejabat Sherif Palm Beach County, sedang menyiasat satu insiden perlindungan yang melibatkan bekas Presiden Donald Trump yang berlaku sejurus sebelum 2 petang," kata jurucakap Anthony Guglielmi di platform X.
Perkhidmatan Rahsia bertanggungjawab melindungi ahli politik berpangkat tinggi di AS, termasuk presiden semasa dan bekas presiden.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cubaan bunuh
#Donald Trump
#FBI
#padang golf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan