awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan sasar memvaksin lebih 45 juta kanak-kanak dalam kempen anti-polio pertama 2026
Pope Leo XIV tegaskan hak orang awam Palestin untuk hidup aman
Angkasawan NASA tinggalkan ISS Rabu susulan isu kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FCC luluskan SpaceX lancar tambahan 7,500 satelit Starlink generasi kedua

Astro Awani
Astro Awani
10/01/2026
01:15 MYT
FCC luluskan SpaceX lancar tambahan 7,500 satelit Starlink generasi kedua
Satelit SpaceX Starlink 5 kelihatan di langit, dirakam dari Svendborg di Selatan Funen, Denmark. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Amerika Syarikat (FCC) pada Jumaat meluluskan permohonan SpaceX untuk melancarkan 7,500 lagi satelit Starlink generasi kedua (Gen2), sebagai sebahagian usaha memperkukuh perkhidmatan internet satelit di seluruh dunia.

Ringkasan AI
  • FCC meluluskan 7,500 satelit baharu Starlink Gen2, membolehkan SpaceX mengendalikan sehingga 15,000 satelit bagi memperluas liputan internet satelit global dan perkhidmatan sambungan terus ke telefon mudah alih.
  • Kelulusan ini menyokong perkhidmatan generasi baharu, termasuk kelajuan internet sehingga 1Gbps, naik taraf satelit, operasi pelbagai frekuensi serta liputan lebih luas, termasuk komuniti terpencil.
  • Kelulusan penuh hampir 30,000 satelit belum diberi, dengan baki 14,988 satelit ditangguhkan dan SpaceX perlu memenuhi garis masa pelancaran serta penempatan yang ditetapkan oleh FCC.

Dengan kelulusan itu, FCC membenarkan syarikat milik Elon Musk mengendalikan sehingga 15,000 satelit Starlink Gen2 secara keseluruhan.
FCC turut meluluskan naik taraf satelit, operasi merentasi lima jalur frekuensi, serta memberi pengecualian terhadap keperluan terdahulu yang mengehadkan liputan bertindih dan kapasiti dipertingkat.
Menurut FCC, satelit tambahan ini akan membolehkan sambungan terus ke telefon mudah alih (direct-to-cell) di luar Amerika Syarikat (AS) serta liputan tambahan di dalam negara itu.
Langkah ini dijangka menyokong perkhidmatan mudah alih generasi baharu dan kelajuan internet sehingga 1 gigabit sesaat.
Pengerusi FCC, Brendan Carr, menyifatkan kelulusan itu sebagai “penukar permainan” bagi pembangunan perkhidmatan generasi seterusnya.
Beliau berkata kebenaran kepada 15,000 satelit baharu dan canggih akan membolehkan SpaceX menawarkan keupayaan jalur lebar satelit yang belum pernah dicapai, memperkukuh persaingan dan memastikan komuniti terpencil tidak ketinggalan.
Bagaimanapun, FCC menegaskan ia belum meluluskan keseluruhan permohonan hampir 30,000 satelit yang dimohon SpaceX.
Baki 14,988 satelit Gen2, termasuk yang dicadangkan beroperasi pada altitud melebihi 600 kilometer, ditangguhkan sementara menunggu penilaian lanjut.
Di bawah syarat kelulusan, SpaceX perlu melancarkan 50 peratus daripada jumlah maksimum satelit Gen2 yang dibenarkan dan mengoperasikannya selewat-lewatnya 1 Disember 2028, manakala selebihnya perlu dilancarkan menjelang Disember 2031.
Syarikat itu juga diwajibkan melengkapkan penempatan 7,500 satelit generasi pertama menjelang akhir November 2027.
Minggu lalu, Starlink memaklumkan ia akan menyusun semula konstelasi satelitnya dengan menurunkan altitud operasi daripada sekitar 550 kilometer kepada 480 kilometer sepanjang 2026, sebagai langkah meningkatkan keselamatan di angkasa.
SpaceX kini merupakan pengendali satelit terbesar di dunia, dengan rangkaian kira-kira 9,400 satelit Starlink yang menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar kepada pengguna, kerajaan dan pelanggan perusahaan di pelbagai negara.
Topic Berkaitan
#SpaceX
#Starlink
#FCC
#satelit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan