awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FDA AS lulus rawatan COVID-19 pertama bagi kanak-kanak

Bernama
Bernama
26/04/2022
04:45 MYT
FDA AS lulus rawatan COVID-19 pertama bagi kanak-kanak
FDA meluluskan Veklury (remdesivir) untuk digunakan kepada kanak-kanak dijangkiti COVID-19, seawal usia 28 hari dengan berat sekurang-kurangnya tiga kilogram (kg) dan ke atas. -Foto webmd.com
LOS ANGELES: Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) pada Isnin meluluskan Veklury (remdesivir) untuk digunakan kepada kanak-kanak dijangkiti COVID-19, seawal usia 28 hari dengan berat sekurang-kurangnya tiga kilogram (kg) dan ke atas.
Langkah itu menyaksikan Veklury, rawatan COVID-19 pertama diluluskan untuk kanak-kanak berumur kurang daripada 12 tahun.
Veklury diluluskan untuk kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital, atau mempunyai simptom ringan hingga sederhana yang berisiko tinggi menjadi lebih teruk, lapor Xinhua.
Sebelum ini Veklury hanya diluluskan untuk merawat pesakit dewasa dan kanak-kanak tertentu berumur 12 tahun ke atas yang mempunyai berat sekurang-kurangnya 40 kg.
"Memandangkan COVID-19 boleh mengakibatkan kesan teruk pada kanak-kanak yang tiada vaksinasi pada masa ini, terdapat keperluan terhadap rawatan COVID-19 yang selamat dan berkesan untuk golongan ini," kata pengarah Pusat Penilaian dan Penyelidikan Ubat-Ubatan FDA, Patrizia Cavazzoni.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kanak-kanak
#Veklury
#FDA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan