awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FDA AS lulus ubat Leqembi untuk rawat Alzheimer

Bernama
Bernama
08/07/2023
04:20 MYT
FDA AS lulus ubat Leqembi untuk rawat Alzheimer
Leqembi berfungsi dengan mengurangkan amyloid plaques yang terbentuk di dalam otak, menurut FDA. -Reuters
LOS ANGELES: Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) pada Khamis meluluskan ubat Leqembi untuk digunakan bagi merawat penyakit Alzheimer, lapor Xinhua.
Leqembi berfungsi dengan mengurangkan amyloid plaques yang terbentuk di dalam otak, menurut FDA.
"Kelulusan pada hari ini adalah pengesahan pertama bahawa ubat yang menyasarkan proses asas yang menyebabkan penyakit Alzheimer itu telah menunjukkan manfaat klinikal.
"Kajian mengesahkan bahawa ia adalah rawatan yang selamat dan berkesan untuk pesakit Alzheimer," kata pemangku pengarah Pejabat Neurosains di Pusat Penilaian dan Penyelidikan Ubat-Ubatan FDA, Teresa Buracchio.
Alzheimer ialah penyakit gangguan progresif yang menyebabkan sel-sel otak merosot yang setakat ini telah menjejaskan lebih 6.5 juta rakyat Amerika.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Leqembi
#FDA
#Alzheimer
#Teresa Buracchio
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan