[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Feri karam: Hanya tiga mayat dijumpai, 193 masih hilang

Agensi 23/06/2018 | 03:42 MYT
Operasi mencari dan menyelamat di Danau Toba. -AP
Hanya tiga mayat berjaya ditemukan manakala 193 lain termasuk kanak-kanak masih hilang dalam insiden feri karam di Danau Toba, Sumatera, Indonesia Isnin lalu.
Sementara itu, media tempatan melaporkan 18 mangsa lain berjaya diselamatkan dalam tragedi malang tersebut.
Operasi mencari dan menyelamat semalam dipertingkat menggunakan teknologi sonar bagi mengesan feri dan mangsa yang karam.
Teknologi sonar mengeluarkan denyut bunyi bagi mengesan dan menentukan objek dalam air serta dianggap bersesuaian bagi tugasan dasar laut yang mencapai kedalaman sehingga 600 meter.
#Danau Toba #feri karam #Indonesia #sonar #Sumatera