JAKARTA: Sebuah feri penumpang terbakar di perairan berhampiran Merak, di hujung barat Pulau Jawa, Indonesia, pada petang Selasa, dengan usaha pemindahan penumpang sedang dijalankan, menurut Agensi Mencari dan Menyelamat Banten kepada Xinhua.
Menurut agensi itu, feri berkenaan terbakar berhampiran Pulau Merak Besar di Wilayah Banten, sambil menjelaskan bahawa pihak berkuasa memberi tumpuan kepada usaha memindahkan mereka yang berada di dalam feri itu.
Jumlah penumpang dan anak kapal, kemungkinan mangsa yang maut atau cedera serta punca kebakaran masih belum diketahui setakat ini.
Merak merupakan pelabuhan feri utama yang menghubungkan Pulau Jawa dengan Pulau Sumatera merentasi Selat Sunda, yang merupakan antara laluan feri paling sibuk di Indonesia.
-- BERNAMA-XINHUA