awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Festival MAROI 2024 bantu jenama Malaysia tembusi pasaran Thailand

Bernama
Bernama
01/11/2024
13:32 MYT
Festival MAROI 2024 bantu jenama Malaysia tembusi pasaran Thailand
Ahmad Fahmi ketika menerima lawatan kerja Exco Perumahan Dan Kebudayaan Negeri Selangor Borhan Aman Shah ke Konsulat Malaysia di Songkhla sempena program Silang Budaya Selangor-Thailand 2024 hari ini. - Gambar Bernama
PATTANI: Festival MAROI (Malaysia Aroi) 2024 yang sedang berlangsung di ASEAN Mall, Pattani, wilayah selatan Thailand, dijangka menjana nilai jualan kira-kira 40 juta Baht (100 Baht = RM12.93) sepanjang empat hari festival tersebut.
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata MAROI, yang bermaksud "Malaysia Sedap", berfungsi sebagai platform penting bagi jenama dan produk Malaysia untuk menembusi pasaran Thailand.
"Pelbagai jenama dari Malaysia telah berjaya memasuki pasaran Thailand melalui MAROI, yang sekali gus membuka peluang pekerjaan dan memacu kemajuan ekonomi setempat," katanya selepas majlis perasmian festival itu malam tadi.
Festival MAROI 2024 itu telah menarik lebih 60,000 pengunjung.
Ia dianjurkan oleh UNITI Asia Link Sdn Bhd dengan kerjasama Syarikat One Stop Center Co. Ltd dan ASEAN Mall, Pattani, serta disokong oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Bangkok.
Menurut Ahmad Fahmi, selain Malaysia, MAROI juga berjaya menarik minat penyertaan negara anggota ASEAN lain untuk meneroka peluang pasaran di wilayah selatan Thailand.
"Saya ingin menyeru kepada para usahawan dari Malaysia, Indonesia, dan negara-negara ASEAN lain untuk terus meneroka peluang di Pattani. Kerajaan Malaysia sentiasa menyokong usaha seperti ini agar ia dapat berkembang secara progresif dan berdaya tahan," katanya.
Beliau menjelaskan bahawa Pattani dan wilayah selatan Thailand merupakan lokasi strategik yang menyuburkan pertumbuhan ekonomi ASEAN.
"Keupayaan penduduknya untuk berkomunikasi dalam dwibahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Thai, membuka ruang yang lebih luas bagi perdagangan dua hala," katanya.
Beliau berkata kedudukan geografi strategik dan pembangunan pesat Pattani menawarkan peluang besar kepada pelabur asing, yang sekali gus meningkatkan pendapatan per kapita dan kuasa beli penduduk setempat.
"Hal ini tentunya memberi impak positif kepada sektor perdagangan dan pelancongan bagi kedua-dua negara, Malaysia dan Thailand," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Aroi 2024
#pasaran thailand
#peluang pekerjaan
#platform penting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan