DUNIA
FFM34: Mengapa penjurian perlu berintegriti, bukan ikut selera
Dari kiri Adlin Aman Ramlie, Erma Fatima, Ogy Ahmad Daud dan Saniboey Mohd Ismail pada sesi membedah keputusan Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang dianjurkan oleh Legasi Podcast baru-baru ini.
PENULIS ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang menonton dua episod Legasi Podcast yang membedah Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) di YouTube baru-baru ini.
Terima kasih kepada Adlin Aman Ramlie dan Datuk Khai Salleh, dan penulis juga berbesar hati kerana dipasangkan dengan pengarah Erma Fatima serta aktres Ogy Datuk Ahmad Daud.
Penulis sempat membaca komen-komen anda – ada yang pedas, sinis dan kadangkala lebih berani daripada pemahaman.
Namun, itu lumrah dunia filem. Justeru, izinkan penulis menjelaskan beberapa perkara dengan bahasa yang lebih jujur.
Menonton filem secara kritis
Ramai menilai filem seperti menilai makanan di restoran – sekadar “sedap atau tidak sedap.”
Jika itu tahapnya, tidak hairan budaya kritikan kita semakin nipis.
Menonton secara kritis bermaksud membedah filem dengan mata dan minda: melihat struktur cerita, perkembangan watak, simbolisme, bahasa visual dan subteks.
Kadangkala bukan filem yang bermasalah, tetapi fokus kita yang kabur.
Peranan juri: Bukan ikut suka hati
Bagaimana pula dengan juri? Jika juri menilai ikut selera, itu bukan penjurian – itu drama peribadi.
Penulis sering menekankan keperluan “metrics” dan “rubrics” agar juri tidak keliru antara hak menonton dan tanggungjawab menilai.
Tanpa rubrics, juri akan jadi seperti “hakim TikTok” – menilai ikut mood, selera atau siapa yang disukai. Ini bukan gelanggang suka-suka. Ini industri seni yang memerlukan integriti.
Metrics dan rubrics membezakan penjurian profesional daripada penjurian kedai kopi.
Tanpanya, penilaian cenderung kepada selera peribadi, melemahkan kredibiliti festival dan nilai sebenar sesebuah filem.
Juri tidak boleh beroperasi atas “apa saya rasa hari ini.”
Juri yang layak mesti ada kepakaran membaca elemen filem, keberanian membuat keputusan tidak popular, kemampuan memisahkan selera peribadi daripada mutu karya, dan integriti untuk tidak tunduk kepada tekanan atau hubungan peribadi.
Tanpa rubrics, penjurian akan jadi seperti pertandingan ratu cantik kampung – menang kerana “kenal orang.”
Ingat, juri bukan datang untuk memuji, tetapi untuk menilai secara kritis.
Rubrics: Benteng integriti festival
Rubrics bukan sekadar dokumen teknikal. Ia benteng yang menghalang festival daripada menjadi bahan ketawa industri. Ia memastikan kemenangan berdasarkan kualiti, bukan faktor luar.
Kita perlukan juri yang faham seni, tegas dengan prinsip dan matang menegakkan standard, walaupun keputusan itu diserang di ruangan komen.
Itulah penjurian sebenar. Itulah integriti.
Budaya ‘kritik bodoh’
Penulis juga ingin menyentuh satu penyakit lama – budaya “kritik bodoh.”
Setiap kali wartawan, akademik, pengkritik filem atau penonton biasa memberi pandangan, pasti muncul suara sumbang: “Kalau pandai sangat, pergilah buat filem!”
Ini argumen jumud dan tidak intelektual. Jika begitu logiknya, apabila kita kritik Menteri, adakah kita perlu jadi Menteri? Bila kritik makanan, adakah kita wajib jadi chef Michelin? Sudah tentu tidak.
FFM bukan sekadar karpet merah
Akhir kata buat mantan majikan penulis, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas): FFM bukan sekadar karpet merah, selfie dan hashtag.
Festival filem yang berjaya bukan tentang kilauan lampu atau bisingnya kamera. Ia memerlukan kurasi jelas, juri layak, metrics ketat, rubrics konsisten dan perbincangan selepas tayangan.
Jika festival hanya mahu nampak meriah tetapi kosong dari segi integriti, itu bukan festival filem – itu pesta.
Pendek kata, industri filem kita tidak akan berubah jika kita terus menilai filem seperti menilai menu restoran.
Jika penonton tidak kritikal, pembikin takut bereksperimen dan juri tidak tegas pada metrics dan rubrics, jangan hairan jika kita masih di takuk sama 10 tahun lagi.
Jika mahu filem tempatan dihormati, festival dihargai dan industri berkembang, kita perlu berani mengubah standard. Itulah asasnya.
* Datuk Saniboey Mohd Ismail merupakan mantan wartawan, editor majalah, ketua jabatan di stesen televisyen tempatan dan satelit, bekas Setiausaha Akhbar Menteri Belia & Sukan dan kini penerbit filem serta rancangan televisyen tempatan.
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.