Skip to main content

Dunia

Fiji bakal larang penggunaan media sosial oleh remaja bawah 16 tahun

UNSPLASH
Suruhanjaya Keselamatan Dalam Talian dan Suruhanjaya Reformasi Undang-Undang Fiji akan bekerjasama dengan Kerajaan Fiji untuk menyediakan rang undang-undang yang akan dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini bagi memperkenalkan had umur minimum 16 tahun untuk akses media sosial. - Gambar hiasan
Advertisement

SUVA: Fiji sedang mempergiat usaha untuk menaikkan had umur minimum penggunaan media sosial kepada 16 tahun, lapor Xinhua.

Pasukan Petugas Penangguhan Umur Media Sosial negara itu mengadakan mesyuarat keduanya di Suva pada Isnin, dengan perbincangan tertumpu kepada pemuktamadan terma rujukan pasukan berkenaan serta memajukan rancangan untuk membentangkan cadangan rang undang-undang berkaitan di Parlimen pada akhir tahun ini.

Ketika berucap pada mesyuarat itu, Menteri Penerangan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Fiji, Lynda Tabuya berkata, Fiji terus memantau rapat perkembangan di negara yang melaksanakan atau sedang mempertimbangkan sekatan serupa terhadap akses kanak-kanak kepada media sosial.

Beliau menegaskan, sebarang sekatan yang diperkenalkan di Fiji perlu disesuaikan dengan konteks budaya dan sosial unik negara itu.

Menurutnya, pendekatan yang melibatkan seluruh lapisan masyarakat amat penting bagi memastikan kejayaan undang-undang yang dicadangkan itu, dengan agensi kerajaan, ibu bapa, pendidik, komuniti dan pihak industri masing-masing berperanan dalam melindungi kanak-kanak di dalam talian.

Suruhanjaya Keselamatan Dalam Talian dan Suruhanjaya Reformasi Undang-Undang Fiji akan bekerjasama dengan Kerajaan Fiji untuk menyediakan rang undang-undang yang akan dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini bagi memperkenalkan had umur minimum 16 tahun untuk akses media sosial, kata Tabuya.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video

Advertisement