[LAPOR LANGSUNG] Sumud Flotilla kini di zon berisiko tinggi menuju Gaza. Ikuti perkembangan di sini
DUNIA

Filipina akan jemput Putin hadiri sidang kemuncak ASEAN 2026 - Duta

Bernama 01/10/2025 | 08:51 MYT
Jemputan ke atas Putin dibuat mengikut protokol rasmi, dan Manila mengalu-alukan kehadiran Putin pada sidang tersebut. - Gambar fail/AP
MOSCOW: Manila akan menjemput Presiden Rusia Vladimir Putin ke Sidang Kemuncak ASEAN pada 2026 semasa Filipina memegang jawatan pengerusi, kata Duta Besar Filipina ke Rusia Igor G. Bailen kepada RIA Novosti.


Ringkasan AI
  • Filipina akan menjemput Presiden Rusia Vladimir Putin ke Sidang Kemuncak ASEAN 2026 ketika negara itu menjadi pengerusi ASEAN.
  • Jemputan dibuat mengikut protokol rasmi, dan Manila mengalu-alukan kehadiran Putin pada sidang tersebut.
  • Tahun 2026 juga menandakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Rusia dan Filipina.


"Tahun depan, Filipina akan mempengerusikan ASEAN.

"Mengikut protokol, sudah tentu kami akan menjemput Presiden Rusia sekali lagi ke sesi ASEAN," katanya sambil menambah bahawa Manila mengalu-alukan sekiranya Putin dapat hadir.

Pada 2026, Rusia dan Filipina turut meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

-- BERNAMA



#Filipina #jemput Vladmir Putin #Pengerusi ASEAN #Presiden Rusia