Filipina aktifkan pasukan polis elit, tahan individu ingkar perintah berkurung

Agensi
Julai 16, 2020 10:01 MYT
Pasukan Tindakan Khas Polis Nasional Filipina itu dikerah bagi menahan individu yang ingkar arahan kuarantin yang dilaksanakan di sekitar bandar Navotas. - Gambar AP
Filipina pada Khamis mengaktifkan pasukan polis elit bagi menguatkuasakan perintah berkurung di Manila.
Pasukan Tindakan Khas Polis Nasional Filipina itu dikerah bagi menahan individu yang ingkar terhadap arahan kuarantin yang dilaksanakan di sekitar bandar Navotas.
Perintah berkurung dilaksanakan di bandar tersebut selama dua minggu susulan peningkatan berterusan kes jangkitan COVID-19.
Setakat ini, lebih 900 kes COVID-19 dilaporkan di Navotas.
Filipina merekodkan jumlah kes COVID-19 paling tinggi di Asia Tenggara dengan lebih 58,850 kes positif, selain mencatatkan 1,614 kematian berkaitan COVID-19.
#Asia #Asia Tenggara #COVID-19 #Filipina #Manila #Navotas #perintah berkurung #polis elit