[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Bebas dalam Kes SRC RM27 Juta – Ikuti Perkembangan di Sini
INTERNATIONAL

Filipina ambil tindakan terhadap 2,765 anggota polis bermasalah pada 2024

Bernama 26/01/2025 | 21:45 MYT
Hukuman lain yang dikenakan termasuk turun pangkat, perampasan gaji, teguran, sekatan, dan sekatan hak istimewa.
MANILA: Filipina telah mengambil tindakan disiplin terhadap 2,765 anggota polis sepanjang 2024, dengan 903 daripadanya dipecat daripada perkhidmatan, menurut Ketua Polis Nasional Filipina (PNP), Jeneral Rommel Francisco Marbil, pada Ahad, lapor Xinhua.
Daripada jumlah itu, Marbil berkata seramai 1,112 anggota menerima hukuman penggantungan, termasuk seorang kolonel, 19 leftenan kolonel, 29 mejar, 30 kapten dan 22 leftenan.
Selain itu, 903 anggota yang dipecat turut merangkumi lima leftenan kolonel, enam mejar, 12 kapten dan lima leftenan.
Hukuman lain yang dikenakan termasuk turun pangkat, perampasan gaji, teguran, sekatan, dan sekatan hak istimewa.
Baru-baru ini, Marbil meletakkan 20 anggota polis yang masih bertugas dalam "restrictive custody" selepas mereka didakwa berhubung kes rampasan dadah berprofil tinggi di ibu kota Filipina pada penghujung 2022.
-- BERNAMA
#tindakan disiplin #anggota polis #PnP #Rommel Francisco Marbil