[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
DUNIA

Filipina beli 12 pesawat tempur ringan FA-50 dari Korea Selatan

Bernama 14/06/2025 | 09:15 MYT
Ketua Staf Tentera Darat Filipina, Romeo Brawner Jr, dan wakil-Korea Aerospace Industries melihat model pesawat tempur ringan FA-50 semasa Pameran Pertahanan dan Keselamatan Asia di World Trade Center, Manila, Filipina tahun lalu. - Foto Reuters
MANILA: Jabatan Pertahanan Negara (DND) Filipina pada Sabtu mengesahkan pemerolehan 12 pesawat tempur ringan FA-50 Block 70 daripada Korea Aerospace Industries, Ltd (KAI) dari Korea Selatan sebagai sebahagian daripada program pemodenan Angkatan Tentera negara itu, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Filipina beli 12 pesawat tempur FA-50 Block 70: Jabatan Pertahanan Negara (DND) Filipina mengesahkan pembelian pesawat tempur ringan FA-50 Block 70 daripada Korea Aerospace Industries, Ltd (KAI) sebagai sebahagian daripada program pemodenan Angkatan Tentera.
  • Kontrak bernilai lebih AS$700 juta: Pemerolehan ini merangkumi peralatan misi, sokongan logistik, serta sistem maklumat latihan dan logistik, dengan teknologi avionik termaju dan radar moden.
  • Penghantaran sehingga 2030: Pesawat akan dihantar secara berperingkat dalam tempoh lima tahun, dengan penyerahan penuh dijangka selesai menjelang 2030.

Kontrak bernilai lebih AS$700 juta itu dimuktamadkan awal bulan ini dengan pengeluaran notis untuk memulakan pelaksanaan.
Menurut DND, pemerolehan itu termasuk peralatan misi, sokongan logistik bersepadu, serta sistem maklumat latihan dan logistik.
FA-50 Block 70 merupakan versi terbaharu dalam platform FA-50 yang dilengkapi avionik termaju, sistem radar moden dan jarak operasi yang lebih jauh.
DND memaklumkan penghantaran pesawat itu akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan penyerahan penuh dijangka selesai menjelang 2030.
-- BERNAMA
#Filipina #beli pesawat gempur #FA-50 Block 70 #Korea Aerospace Industries