ISTANBUL: Filipina mencadangkan kod tatalaku baharu di Laut China Selatan bagi menjamin kestabilan dan keamanannya.
Pembentangan idea oleh Manila itu dibuat selepas Presiden Ferdinand Marcos menyatakan kebimbangannya mengenai rundingan berpanjangan antara negara Asia Tenggara dan China berhubung Kod Tatalaku (CoC) Laut China Selatan, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Filipina.
"Kami sedang merundingkan kod tatalaku kami sendiri, contohnya dengan Vietnam memandangkan kemajuan proses kod tatalaku antara China dan ASEAN yang agak perlahan.
"Oleh itu, kami telah mengambil inisiatif untuk berunding dengan negara-negara lain di sekitar ASEAN yang terlibat dalam konflik wilayah sedia ada," kata Marcos pada satu acara di Pusat Kajian Keselamatan Asia-Pasifik di Honolulu, Hawaii pada Isnin.
Laporan itu menyebut bahawa Marcos juga sedang mendapatkan sokongan daripada negara seperti Vietnam dan Malaysia untuk mewujudkan kod baharu bagi mengekalkan keamanan di Laut China Selatan.
Pertikaian wilayah di Laut China Selatan membabitkan tuntutan bertindih ke atas pulau dan maritim antara beberapa negara termasuk China, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Vietnam.
Deklarasi Laut China Selatan mengenai Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) ialah perjanjian tatalaku Laut China Selatan yang ditandatangani oleh ASEAN dan China pada November 2002.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023
Pembentangan idea itu dibuat selepas Presiden Ferdinand Marcos menyatakan kebimbangannya mengenai rundingan berpanjangan antara Asia Tenggara dan China. - AP
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
Filipina tidak akan berundur dalam pertikaian laut, walaupun perjanjian dengan China - Marcos
Filipina tidak akan berundur daripada menegaskan haknya di Laut China Selatan yang dipertikaikan, kata Presiden Ferdinand Marcos Jr.
Presiden Filipina sifatkan hubungan dengan Anwar sebagai paling rapat
Pada Julai lalu, Marcos mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Malaysia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Presiden Marcos berlepas pulang ke Filipina selepas lawatan negara tiga hari
Pesawat khas yang membawa Marcos dan delegasinya berlepas dari Terminal Penerbangan Perniagaan Senai pada pukul 7.15 malam tadi.
Lawatan Marcos ke Malaysia, lebih 8,000 pekerjaan akan diwujudkan menerusi lima LOI
LOI bersama syarikat tenusu Malaysia, Farm Fresh Bhd, dijangka menyumbang AS$20 juta tambahan untuk projek ternakan lembu tenusu.
Presiden Marcos berlepas ke Johor sebagai sebahagian lawatan negara
Marcos dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene.
PM hos makan malam bersama Presiden Filipina
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghoskan majlis makan malam sempena lawatan negara Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr di Menara Berkembar Petronas (KLCC) di sini.
Malaysia, Filipina perlu ambil langkah berkesan promosi industri halal di Timur Tengah - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan, Malaysia dan Filipina harus mengambil langkah berkesan untuk industri halal menembusi pasaran Timur Tengah.
Agong harap hubungan erat Malaysia-Filipina terus dipertingkat
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar hubungan erat Malaysia-Filipina akan terus dipertingkatkan demi manfaat bersama rakyat dan kedua-dua negara,