DUNIA
Filipina, EU setuju mula dialog keselamatan tangani ancaman baharu
Menerusi dialog berkenaan, Manalo berharap, pihaknya akan terus bersikap proaktif dan bersatu dalam menangani ancaman keselamatan baharu merentasi sempadan. - Gambar fail/REUTERS
MANILA: Filipina dan Kesatuan Eropah (EU) bersetuju memulakan dialog mengenai keselamatan dan pertahanan bagi menangani ancaman baharu seperti serangan siber dan campur tangan asing.
Ringkasan AI
Menteri Luar Filipina Enrique Manalo pada Ahad berkata, pengumuman itu dibuat semasa lawatan Ketua Dasar Luar EU, Kaja Kallas ke Manila bagi mengadakan pertemuan dengan Manalo serta kunjungan hormat ke atas Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr.
Menerusi dialog berkenaan, Manalo berharap, pihaknya akan terus bersikap proaktif dan bersatu dalam menangani ancaman keselamatan baharu merentasi sempadan.
Jelasnya, ini termasuk serangan siber serta campur tangan dan manipulasi maklumat oleh pihak asing.
Dalam pada itu, Kallas berkata dialog baharu itu akan menjadi platform khusus di mana blok serantau dan Filipina dapat memperluas kerjasama dalam pertahanan, berkongsi kepakaran dalam hal keselamatan serta meneroka inisiatif bersama.
Dialog itu akan menjadi sebahagian daripada perjanjian perkongsian dan kerjasama antara Filipina dan EU, yang dimeterai pada tahun 2012 dan berkuat kuasa pada tahun 2018.
Sementara itu, EU kekal komited untuk menegakkan aturan berasaskan undang-undang, mempromosikan keamanan dan menangani kebimbangan bersama di Laut China Selatan serta perang Rusia terhadap Ukraine.
Ringkasan AI
- Filipina dan Kesatuan Eropah bersetuju untuk memulakan dialog keselamatan bagi menangani ancaman baharu seperti serangan siber dan campur tangan asing.
- Dialog ini bertujuan memperluas kerjasama pertahanan dan perkongsian kepakaran antara kedua-dua pihak.
- Kesatuan Eropah menegaskan komitmennya untuk mengekalkan keamanan dan menangani isu serantau seperti Laut China Selatan dan perang di Ukraine.