DUNIA
Filipina isytihar bencana kebangsaan selama setahun akibat Taufan Kalmaegi
Pengisytiharan itu bertujuan memudahkan penyampaian bantuan kemanusiaan yang lebih cepat dan terselaras antara kerajaan serta sektor swasta di kawasan yang terjejas. -Gambar fail/AP
MANILA: Presiden Filipina Ferdinand R. Marcos Jr mengisytiharkan bencana kebangsaan selama setahun bagi mempercepat operasi menyelamat, bantuan, pemulihan dan pembinaan semula selepas kemusnahan besar yang dicetuskan oleh Taufan Kalmaegi (juga dikenali sebagai Taufan Tino), lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Melalui Proklamasi 1077 yang ditandatangani Marcos pada 5 Nov dan diumumkan kepada umum pada Sabtu, pengisytiharan itu bertujuan memudahkan penyampaian bantuan kemanusiaan yang lebih cepat dan terselaras antara kerajaan serta sektor swasta di kawasan yang terjejas.
Deklarasi selama setahun itu turut membenarkan pelaksanaan segera langkah pemulihan wajib, termasuk penetapan had harga bagi barangan keperluan asas dan barangan utama, pemberian pinjaman tanpa faedah kepada sektor paling terjejas, serta pelaksanaan langkah untuk mengelak manipulasi harga dan keuntungan melampau terhadap barangan penting, ubat-ubatan serta produk petroleum.
Selain itu, pengisytiharan berkenaan membolehkan kerajaan persekutuan dan tempatan menggunakan dana berkaitan bagi tujuan menyelamat, bantuan, pemulihan serta program pembinaan semula, termasuk penyediaan perkhidmatan asas kepada individu dan komuniti yang hilang tempat tinggal.
Menurut Proklamasi 1077, deklarasi itu akan berkuat kuasa selama setahun kecuali ditamatkan lebih awal oleh Presiden.
Taufan Tino melanda sebahagian besar wilayah Visayas serta beberapa kawasan di Mindanao dan Luzon Selatan, menyebabkan banjir besar, tanah runtuh dan kemusnahan infrastruktur yang serius.
Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Negara (NDRRMC) melaporkan jumlah korban telah meningkat kepada 188 orang.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Presiden Filipina, Ferdinand R. Marcos Jr mengisytiharkan bencana kebangsaan selama setahun bagi mempercepat operasi menyelamat, bantuan, pemulihan dan pembinaan semula selepas Taufan Tino melanda negara itu.
- Proklamasi 1077 yang ditandatangani membolehkan langkah-langkah segera seperti penetapan harga barangan asas, pinjaman tanpa faedah, dan langkah untuk mengelakkan manipulasi harga serta keuntungan melampau terhadap barangan penting.
- Pengisytiharan bencana itu memperuntukkan dana bagi menyelamat, bantu, pulih serta membina semula, termasuk perkhidmatan asas bagi individu dan komuniti yang kehilangan tempat tinggal akibat bencana.
Melalui Proklamasi 1077 yang ditandatangani Marcos pada 5 Nov dan diumumkan kepada umum pada Sabtu, pengisytiharan itu bertujuan memudahkan penyampaian bantuan kemanusiaan yang lebih cepat dan terselaras antara kerajaan serta sektor swasta di kawasan yang terjejas.
Deklarasi selama setahun itu turut membenarkan pelaksanaan segera langkah pemulihan wajib, termasuk penetapan had harga bagi barangan keperluan asas dan barangan utama, pemberian pinjaman tanpa faedah kepada sektor paling terjejas, serta pelaksanaan langkah untuk mengelak manipulasi harga dan keuntungan melampau terhadap barangan penting, ubat-ubatan serta produk petroleum.
Selain itu, pengisytiharan berkenaan membolehkan kerajaan persekutuan dan tempatan menggunakan dana berkaitan bagi tujuan menyelamat, bantuan, pemulihan serta program pembinaan semula, termasuk penyediaan perkhidmatan asas kepada individu dan komuniti yang hilang tempat tinggal.
Menurut Proklamasi 1077, deklarasi itu akan berkuat kuasa selama setahun kecuali ditamatkan lebih awal oleh Presiden.
Taufan Tino melanda sebahagian besar wilayah Visayas serta beberapa kawasan di Mindanao dan Luzon Selatan, menyebabkan banjir besar, tanah runtuh dan kemusnahan infrastruktur yang serius.
Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Negara (NDRRMC) melaporkan jumlah korban telah meningkat kepada 188 orang.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tujuan pengisytiharan bencana kebangsaan selama setahun yang diumumkan oleh Presiden Filipina?
A: Untuk mempercepat operasi menyelamat, bantuan, pemulihan, dan pembinaan semula selepas Taufan Tino. - Q: Apa yang akan dilakukan oleh kerajaan Filipina setelah pengisytiharan bencana kebangsaan tersebut?
A: Memudahkan penyampaian bantuan kemanusiaan, melakukan penetapan had harga, memberikan pinjaman tanpa faedah, serta mengelak manipulasi harga dan keuntungan berlebihan terhadap barangan penting. - Q: Berapa tempoh masa pengisytiharan bencana kebangsaan akan berkuat kuasa?
A: Selama setahun kecuali ditamatkan lebih awal oleh Presiden. - Q: Apakah kesan Taufan Tino terhadap Filipina seperti yang dilaporkan oleh Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Negara (NDRRMC)?
A: Menyebabkan banjir besar, tanah runtuh, dan kemusnahan infrastruktur yang serius, serta meningkatkan jumlah korban kepada 188 orang. - Q: Apakah langkah pemulihan yang ditekankan dalam pengisytiharan bencana kebangsaan tersebut?
A: Pelaksanaan segera langkah pemulihan wajib, termasuk penyediaan perkhidmatan asas kepada individu dan komuniti yang hilang tempat tinggal.
#Filipina
#Ferdinand R Marcos Jr
#bencana kebangsaan selama setahun
#operasi menyelamat bantuan pemulihan
#Taufan Kalmaegi