DUNIA
Filipina keluar amaran tsunami selepas gempa bumi kuat landa Rusia
Ombak kuat membadai sebuah bangunan yang terletak berhampiran pantai, selepas gempa bumi kuat melanda luar pesisir Semenanjung Kamchatka, di Severo-Kurilsk, Wilayah Sakhalin, Rusia, 30 Julai 2025. REUTERS
MANILA: Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina pada Rabu mengeluarkan amaran kepada penduduk di kawasan pesisir pantai yang menghadap Lautan Pasifik susulan amaran kemungkinan berlaku ombak tsunami setinggi kurang daripada satu meter, selepas gempa bumi kuat melanda Rusia, lapor Xinhua.
Berdasarkan pengiraan magnitud yang disemak semula dan model ombak tsunami daripada Pusat Amaran Tsunami Pasifik, institut itu memaklumkan bahawa gelombang tsunami pertama dijangka tiba antara 1.20 tengah hari dan 2.40 petang waktu tempatan pada Rabu.
"Ia mungkin bukan yang terbesar dan ombak ini mungkin berterusan selama beberapa jam," menurut nasihat itu.
"Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada terhadap ombak luar biasa. Orang ramai juga diminta menjauhi kawasan pantai dan tidak menghampiri pesisir pantai di beberapa wilayah sehingga amaran ini dibatalkan," menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.
-- BERNAMA