MANILA: Pelancong yang mengambil dos penggalak vaksin COVID-19 tidak perlu lagi menjalani ujian saringan jika ingin memasuki Filipina, bermula 30 Mei.
Setiausaha Pelancongan, Bernadette Romulo-Puyat berkata peraturan baharu itu untuk memudahkan lagi perjalanan selain bertujuan menggalakkan lebih ramai pelancong melawat negara ini, lapor Xinhua.
"Semua jenis sijil vaksinasi, tanpa mengira negara asal akan diterima," katanya.
Puyat berkata insurans perjalanan juga tidak lagi diperlukan namun penumpang sangat digalakkan mempunyai insurans.
Beliau berkata lebih 500,000 pelancong asing melawat negara itu dari 10 Feb lalu, sejak kerajaan membuka semula sempadan antarabangsa, paling ramai adalah dari Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Kanada.
"Kerajaan berharap ketibaan pelancong semakin bertambah dalam beberapa minggu akan datang berikutan kelonggaran syarat kemasukan itu," kata Puyat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022

Pelancong yang mengambil dos penggalak vaksin COVID-19 tidak perlu lagi menjalani ujian saringan jika ingin memasuki Filipina, bermula 30 Mei. - Gambar fail/ETX

Penurunan Kuasa | Kukuhkan Persekutuan Sabah dan Sarawak
Penurunan kuasa Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak adalah tindakan terbaik yang perlu difikirkan kerajaan untuk mengukuhkan Persekutuan Malaysia. Perjuangan pemimpin di Sarawak misalnya dalam mengembalikan hak negeri itu melalui perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah menggambarkan kesan positif atas kestabilan politik dan kehidupam rakyat negeri itu.

BAM terus kerja keras lahirkan jaguh perseorangan lelaki
Barisan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sentiasa bekerja keras untuk melahirkan jaguh perseorangan lelaki negara seterusnya, yang mampu memberi cabaran di peringkat antarabangsa.

Zon Halal | Usahawan perlu peroleh pengiktirafan sijil halal
MARA Sarawak kini komited menjadikan Bazar Mara Sarikei sebagai lokasi perniagaan berstatus zon halal. Menurut Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Zulfikri Osman, komitmen ini dizahirkan dengan mensyaratkan usahawan-usahawan premis makanan di bazaar itu memperoleh pengiktirafan sijil halal.

Bekalan Air | Peniaga Pasar Karamunting lega sudah ada
Derita peniaga dan pengunjung di Pasar Karamunting, Sandakan, berakhir apabila masalah air yang dihadapi berbulan lamanya dapat perhatian pihak berwajib.

Kenaikan Harga Barang | Sarawak teliti situasi sebelum umum inisiatif
Kerajaan negeri Sarawak perlu meneliti data dan situasi kenaikan harga barang sebelum inisiatif tertentu dilaksanakan di peringkat negeri. Bagaimanapun tegas Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, masalah yang dihadapi seluruh dunia itu tidak mempunyai penyelesaian secara langsung dan bantuan yang diberi hanya untuk meringankan beban sementara.

Deepavali | Sarawak minta AGC teliti pewartaan cuti umum
Sarawak akan mencari cara untuk mewartakan perayaan Deepavali sebagai cuti umum meskipun kalendar negeri sudah kehabisan kuota. Jelas Abang Johari, pihaknya sedang meminta Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk meneliti perkara itu.

Politik | Rakyat Sabah perlu bijak pilih pemimpin
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal mahu rakyat Sabah memilih kerajaan yang menjaga kebajikan serta meringankan beban rakyat dalam pilihan raya akan datang. Menurut Shafie, ia berikutan keadaan negara yang berdepan pelbagai masalah di bawah pemerintahan kerajaan Persekutuan ketika ini.

Tangani Banjir | Bina terusan di Bukit Assek
Menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg cadangan membina terusan bagi tangani isu banjir di kawasan Bukit Assek, Sibu, telah pun diusulkan sebagai sebahagian daripada pelan pembangunan dan akan dilaksanakan tidak lama lagi. Langkah itu juga mampu menjadikan tarikan pelancongan baharu di Sibu seperti Kota Amsterdam, Belanda.

Rundingan GRS | Serahkan sepenuhnya kepada BN Sabah
Pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) menyerahkan sepenuhnya kepada BN sabah untuk menjalankan rundingan kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bagaimanapun sebarang runding perlu dibuat berhati-hati.

Biar kerajaan, rakyat tentukan MPN gagal atau sebaliknya - Muhyiddin
Dakwaan Ahmad Zahid terhadap MPN bersifat muslihat politik, kata Muhyiddin.

Agong zahir ucapan tahniah kepada Presiden Filipina, Marcos Jr
Seri Paduka menzahirkan harapan agar Malaysia dan Filipina dapat terus bekerja rapat bagi membawa kemajuan dan kemakmuran.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PM Ismail Sabri ucap tahniah kepada Presiden Filipina baharu, Marcos Jr
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah kepada Ferdinand Romualdez Marcos Jr yang mengangkat sumpah sebagai Presiden Filipina yang ke-17 hari ini.

Marcos Jr angkat sumpah Presiden Filipina yang baharu
Beliau menggantikan Duterte yang terkenal dengan kempen memerangi dadah sehingga menyebabkan ribuan pengedar dadah mati dibunuh di negara itu.

Saifuddin hadiri upacara pelantikan presiden baharu Filipina Marcos Jr. pada 30 Jun
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah akan mengadakan lawatan kerja ke Filipina bagi menghadiri upacara pelantikan Ferdinand R. Marcos Jr. sebagai Presiden Filipina pada 30 Jun.

Anak Duterte angkat sumpah sebagai Naib Presiden Filipina
Wanita berusia 44 tahun itu merupakan rakan sekempen Ferdinand Marcos Jr, yang juga telah memenangi pilihan raya pada 9 Mei lalu.

Wanita ke tirai besi, 21 tahun guna kad pengenalan palsu
Ibu tunggal tiga anak warga Filipina didapati tanpa kuasa yang sah telah memiliki kad pengenalan palsu atas nama Nuria Rahman.

Gunung berapi Filipina meletus lagi dalam tempoh seminggu
Letusan itu berlaku selama 18 minit berdasarkan rekod seismik, tetapi tidak kelihatan dalam monitor kamera.

Filipina pertingkat tahap berwaspada gunung berapi di tenggara Manila
Tahap amaran satu kini dinaikkan untuk gunung berapi Bulusan, menandakan ia kini berada dalam keadaan tidak normal.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.