awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filipina sebuah negara berdaulat, bukan wilayah kuasa asing - Istana

Bernama
Bernama
20/03/2025
10:45 MYT
Filipina sebuah negara berdaulat, bukan wilayah kuasa asing - Istana
Duterte kini berdepan pertuduhan di ICC atas dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan berkaitan perang dadah yang berlangsung antara 1 Nov 2011 hingga 16 Mac 2019. - Gambar/ Reuters
MANILA: Filipina kekal sebagai negara berdaulat dan bukan wilayah mana-mana kuasa asing, tegas Istana Malacanang pada Khamis, menolak dakwaan bahawa negara itu telah menyerahkan kedaulatannya susulan bekas Presiden Rodrigo Duterte dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
"Kami tidak pernah berhasrat untuk menjadi wilayah kepada mana-mana pihak kerana kami adalah sebuah negara merdeka," kata Timbalan Setiausaha Pejabat Komunikasi Presiden dan Pegawai Akhbar Istana, Claire Castro.
Kenyataan itu dibuat sebagai respons kepada Senator Imee Marcos, yang mempersoalkan sama ada Filipina kini telah menjadi "wilayah The Hague", lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
Dalam satu sesi pendengaran Senat mengenai penahanan Duterte, Marcos meluahkan rasa kecewa terhadap keputusan kerajaan membenarkan pihak luar mengekstradisi bekas pemimpin negara itu.
Bagaimanapun, Malacanang menegaskan bahawa pentadbiran negara hanya mematuhi undang-undang serta memenuhi kewajipan yang termaktub dalam rangka perundangan sedia ada.
Castro turut menjelaskan bahawa kerajaan bertindak mengikut Akta Republik (RA) 9851, yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk menyerahkan atau mengekstradisi individu yang dituduh di Filipina ke mahkamah antarabangsa yang berkenaan.
Duterte kini berdepan pertuduhan di ICC atas dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan berkaitan perang dadah yang berlangsung antara 1 Nov 2011 hingga 16 Mac 2019.
Beliau kini ditahan di Pusat Tahanan ICC di The Hague, Belanda dan dijadualkan hadir di mahkamah antarabangsa itu pada 23 Sept bagi mengesahkan pertuduhan terhadapnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Filipina
#Rodrigo Duterte
#ICC
#kedaulatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan