DUNIA
Finland sertai Deklarasi New York berhubung usaha damai Palestin
Presiden Alexander Stubb menyambut baik keputusan tersebut, menyifatkannya sebagai "langkah baik ke arah penyelesaian dua negara. - Gambar fail/ AP
HELSINKI: Finland memutuskan untuk menyertai Deklarasi New York yang menyokong usaha damai dan penyelesaian dua negara bagi Palestin, umum kerajaan pada Jumaat, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
Menteri Luar Elina Valtonen membuat keputusan itu selepas mengadakan rundingan dengan kepimpinan negara. Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa "penyertaan dalam deklarasi itu tidak bermakna Finland mengiktiraf negara Palestin," menurut kenyataan kerajaan.
Kerajaan Finland menegaskan langkah itu selaras dengan program Perdana Menteri Petteri Orpo serta garis panduan dasar luar dan keselamatan Finland.
Kemudiannya pada Jumaat, Presiden Alexander Stubb menyambut baik keputusan tersebut, menyifatkannya sebagai "langkah baik ke arah penyelesaian dua negara" dan mengulangi bahawa "penyelesaian dua negara adalah matlamat jangka panjang Finland."
Perancis dan Arab Saudi menganjurkan persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada akhir Julai bagi menggerakkan usaha ke arah penyelesaian dua negara. Pada penghujung mesyuarat itu, mereka menjemput negara anggota PBB untuk menyokong deklarasi berkenaan, dengan 5 Sept ditetapkan sebagai tarikh akhir penyertaan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Finland menyertai Deklarasi New York yang menyokong usaha damai dan penyelesaian dua negara bagi Palestin, namun menegaskan penyertaan itu tidak bermakna pengiktirafan rasmi terhadap negara Palestin.
- Keputusan tersebut disifatkan Presiden Alexander Stubb sebagai langkah positif ke arah penyelesaian dua negara, selaras dengan dasar luar dan keselamatan Finland serta program Perdana Menteri Petteri Orpo.
- Deklarasi itu dianjurkan oleh Perancis dan Arab Saudi dalam persidangan PBB akhir Julai, dengan tarikh akhir penyertaan ditetapkan pada 5 September.