Finland tidak pernah cadangkan kerja empat hari seminggu

Agensi
Januari 12, 2020 11:25 MYT
Sanna Marin meluahkan pendapat itu beberapa bulan sebelum dilantik menjadi ketua kerajaan termuda di dunia pada Disember. - REUTERS FINLAND
Kerajaan Finland tidak pernah mencadangkan bekerja empat hari dalam seminggu seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Jurucakap kerajaan, Paivi Anttikoski berkata, Perdana Menteri Sanna Marin meluahkan pendapat itu beberapa bulan sebelum dilantik menjadi ketua kerajaan termuda di dunia pada Disember.
"Marin membayangkan idea itu secara ringkas dalam perbincangan panel pada Ogos lalu sewaktu beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, namun sehingga kini tiada tindakan untuk mendorong inisiatif itu ke hadapan," kata Anttikoski.
Laporan tidak tepat itu dipercayai berpunca daripada artikel bertarikh 2 Januari yang diterbitkan dalam talian oleh New Europe, sebuah akhbar Brussels.
Laporan itu menyebut Marin membangkitkan isu bekerja enam jam sehari atau empat hari seminggu pada Ogos, tetapi tidak menjelaskan lebih lanjut mengenainya sejak menjadi Perdana Menteri.
Laporan itu bagaimanapun, telah dipetik oleh pelbagai portal berita antarabangsa, sekali gus menjadi tular serta menerima pelbagai reaksi umum.

In the Finnish Government´s program there is no mention about 4-day week. Issue is not on the Finnish Governments agenda. PM @marinsanna envisioned idea briefly in a panel discussion last August while she was the Minister of Transport, and there hasnt been any recent activity.

— Finnish Government (@FinGovernment) January 7, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Marin, 34, dalam lawatan ke Sweden Rabu lalu berkata beliau sentiasa membuka ruang perbincangan untuk isu berkenaan.
"Trend masa kini menjurus ke arah masa kerja yang lebih singkat.
"Saya percaya pada masa akan datang, mungkin bukan dalam masa terdekat, penambahbaikan dalam produktiviti dan teknologi akan membantu meningkatkan produktivti dan membantu pekerja, termasuk memungkinkan waktu kerja yang lebih pendek," katanya kepada pemberita.
#cadangan #Finland #kerajaan #kerja #Paivi Anttikoski #Perdana Menteri #Sanna Marin