awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Firma China, Baidu lancar dua model AI baharu saingi DeepSeek

Bernama
Bernama
16/03/2025
23:00 MYT
Firma China, Baidu lancar dua model AI baharu saingi DeepSeek
Baidu merancang untuk mengintegrasikan model baharu ini secara berperingkat ke dalam ekosistem produknya, termasuk enjin carian Baidu, aplikasi Wenxiaoyan dan beberapa perkhidmatan lain. - Foto REUTERS
BEIJING: Syarikat teknologi China, Baidu, mengumumkan pelancaran dua model kecerdasan buatan (AI) baharu pada Ahad yang dikatakan menawarkan prestasi setanding chatbot China, DeepSeek, tetapi pada separuh kos, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Menurut Baidu, model Ernie X1 direka untuk pemikiran logik, manakala Ernie 4.5 berfungsi sebagai model asas. Kedua-duanya boleh diakses secara percuma oleh pengguna individu menerusi platform ERNIE Bot.
Baidu merancang untuk mengintegrasikan model baharu ini secara berperingkat ke dalam ekosistem produknya, termasuk enjin carian Baidu, aplikasi Wenxiaoyan dan beberapa perkhidmatan lain.
Awal tahun ini, syarikat pemula DeepSeek menarik perhatian ramai apabila mendakwa chatbotnya mampu menyaingi ChatGPT keluaran OpenAI dari Amerika Syarikat dengan kos yang jauh lebih rendah.
Perkembangan itu menyebabkan ketidaktentuan dalam pasaran saham Amerika Syarikat, apabila para pelabur mula mempertikaikan kecekapan syarikat teknologi negara itu.
Berpangkalan di Beijing, Baidu mula dikenali di China sebagai penyedia enjin carian. Syarikat itu juga merupakan peneraju dalam teknologi pemanduan autonomi dan mengendalikan perkhidmatan teksi robot Apollo. Pada 2023, Baidu melancarkan versi pertama chatbot AI mereka, Ernie.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Baidu
#AI
#DeepSeek
#Ernie Bot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan