[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Firma milik Trump didakwa elak cukai

Astro Awani 02/07/2021 | 00:40 MYT
Allen Weisselberg (tengah) ketika muncul di mahkamah di New York, 1 Julai, 2021. (Foto AP)
FIRMA milik bekas presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, didakwa pada Khamis atas kesalahan berkaitan mengelak cukai.
Turut dihadap ke mahkamah, Ketua Eksekutif Kewangan syarikat Trump, Allen Weisselberg.
Weisseberg sebelum itu menyerah diri kepada pihak berkuasa New York.
Dia kemudian didakwa atas tuduhan mengelak cukai bernilai ASD1.7 juta.
Pasukan pendakwa raya menyifatkan pendakwaan sebagai menamatkan skim pembayaran haram selama 15 tahun.
Weisselberg bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Sehingga kini, tiada sebarang tuduhan dikemukakan terhadap Trump.
Pendakwaan dibuat selepas siri siasatan penipuan oleh peguam daerah Manhattan dan peguam negeri.
Siasatan tertumpu bagaimana Weisselberg dan beberapa eksekutif firma itu mendapat manfaat seperti sewa pangsapuri dan kenderaan, tanpa melaporkan sumber pendapatan itu.
Trump sebelum ini turut diarah menyerahkan dokumen berkaitan pulangan cukai.
Beliau dan sekutunya mendakwa siasatan ini bermotifkan politik.
#Donald Trump #cukai #Amerika Syarikat #New York