DUNIA

Flotilla Madleen: Masyarakat antarabangsa perlu lebih lantang - PM Ireland

Agensi 08/06/2025 | 23:50 MYT
Perdana Menteri Ireland, Simon Harris, menyeru masyarakat antarabangsa lebih lantang mendesak laluan lebih selamat bagi kapal kemanusiaan yang membawa aktivis, Flotilla Madleen yang sedang dalam misi kemanusiaan ke Gaza.- X Simon Harris.
ANKARA: Perdana Menteri Ireland, Simon Harris, menyeru masyarakat antarabangsa lebih lantang mendesak laluan lebih selamat bagi kapal kemanusiaan yang membawa aktivis, Flotilla Madleen yang sedang dalam misi kemanusiaan ke Gaza.

Dalam satu hantaran di platform media sosial X, Harris menyifatkan misi tersebut sebagai usaha luar biasa bagi menghantar makanan dan ubat-ubatan kepada rakyat Gaza yang berdepan krisis kebuluran.

"Ini adalah usaha awam yang tidak bersenjata untuk membawa kebaikan di tengah-tengah kemusnahan dan keadaan kemanusiaan yang amat dahsyat.

"Sebarang penggunaan kekerasan terhadapnya akan dianggap sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa. Suara masyarakat antarabangsa mesti lebih jelas," katanya

Menurut beliau, masyarakat antarabangsa mesti bersuara dengan lantang memandangkan ini merupakan usaha ramai tidak melibatkan senjata di tengah-tengah kemusnahan yang amat dahsyat.

Beliau turut menegaskan, sebarang penggunaan kekerasan terhadap misi tersebut akan dianggap sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Flotilla Madleen yang dikendalikan oleh Freedom Flotilla Coalition, telah berlepas dari Itali pada 1 Jun lalu dengan misi menghantar bantuan kemanusiaan.

Misi ini merupakan sebahagian daripada usaha global untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza yang kini berdepan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing akibat konflik berterusan.

Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, mengarahkan angkatan tentera negara itu untuk menghalang sebuah flotila bantuan yang membawa aktivis kemanusiaan daripada memasuki perairan Gaza pada Isnin.







#Gaza #bantuan kemanusiaan #krisis kemanusiaan #Ireland