[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
INTERNATIONAL

Flydubai terhempas: Dubai umum warganegara mangsa

Astro Awani 19/03/2016 | 09:05 MYT
Pesawat Flydubai FZ981 terhempas ketika mendarat di bandar Rostov-on-Dov yang terletak di tenggara Rusia, mengorbankan 55 penumpang dan tujuh anak kapal. - Gambar fail
PIHAK berkuasa Dubai melalui akaun rasmi Twitter Dubai Media Office mengumumkan warganegara mangsa-mangsa yang terlibat.
Seramai 44 warga Rusia, lapan warga Ukraine, dua warga India dan seorang warga Uzbekistan terkorban dalam nahas yang berlaku jam 3.50 pagi (waktu tempatan), manakala identiti tujuh anak kapal belum lagi didedahkan.
Mangsa terdiri daripada 23 lelaki dan 35 wanita selain empat kanak-kanak.
Presiden Jabatan Penerbangan Awam Dubai Ahmed Bin Saeed dijangka mengetuai proses pengurusan krisis.
Sementara itu, dalam satu sidang media yang dipengerusikan Ketua Pegawai Eksekutif Flydubai Ghaith Al Ghaith di Pejabat Media Dubai pada jam 1 petang (waktu tempatan) memaklumkan bahawa pihaknya belum mendapat maklumat mengenai kotak hitam masih belum diperolehi dari pihak berkuasa Rusia.
Al Ghaith berkata bahawa sebuah pesawat Flydubai yang membawa pasukan pakar dari Arab Saudi akan ke Rusia bagi mendapatkan maklumat susulan dari hasil siasatan.
Sidang media tersebut turut diadakan dalam bahasa Rusia.
Pesawat Flydubai FZ981 terhempas ketika mendarat di bandar Rostov-on-Dov yang terletak di tenggara Rusia, mengorbankan 55 penumpang dan tujuh anak kapal lapor Pusat Kecemasan Rantau Selatan negara itu pada Sabtu.
BACA: Pesawat Flydubai terhempas di Rusia, kesemua penumpang dan kru terkorban
Kawalan trafik udara dan servis kecemasan Rusia mengesahkan pesawat Boeing 737-800 dari Dubai itu terhempas ketika membuat cubaan mendarat kedua akibat jarak penglihatan yang buruk dan angin kuat.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Dubai pada Sabtu #Pesawat Flydubai dilaporkan terhempas ketika mendarat di Rostov-on-Dov di tenggara Rusia