Foto Speaker Dewan 'menyusu' bayi ketika sidang Parlimen tular

Afiq Ariffin
Ogos 21, 2019 23:29 MYT
Orang ramai di media sosial turut memuji tindakan Speaker New Zealand itu, yang juga merupakan bapa kepada tiga orang anak. -foto Twitter @SpeakerTrevor
MENYUSUKAN bayi di tempat kerja mungkin sesuatu yang janggal.
Malah sesetengah pejabat langsung tidak membenarkan staf membawa anak kerana dikhuatri mengganggu pekerja lain.
Namun berbeza sekali di Parlimen New Zealand. Tular di media sosial baru-baru ini foto Speaker Dewannya sedang 'menyusukan' bayi ketika bertugas.
Speaker Trevor Mallard malah nampak ceria dapat memegang dan menyusukan bayi itu sambil mempengerusikan debat di Parlimen.
Malah Anggota Parlimen lain juga turut gembira dengan kehadiran bayi tersebut.
Bayi yang dikenali sebagai Tūtānekai Smith-Coffey itu merupakan anak kepada Anggota Parlimen Tammy Coffey yang kembali bertugas selepas mengambil cuti paterniti.

Normally the Speakers chair is only used by Presiding Officers but today a VIP took the chair with me. Congratulations @tamaticoffey and Tim on the newest member of your family. pic.twitter.com/47ViKHsKkA

— Trevor Mallard (@SpeakerTrevor) August 21, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam temu bual dengan Newshub New Zealand, Coffey berkata beliau memilih untuk hadir bertugas bagi membantu rakan-rakannya dalam sidang dewan.

Who needs to see this today? Every single last one of us, thats who. Heres a brand new papa holding his new born in our House of Representatives right now pic.twitter.com/NU00SHfKFT

— Golriz Ghahraman (@golrizghahraman) August 21, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, kalangan netizen turut memuji tindakan Speaker Parlimen New Zealand itu yang juga merupakan bapa kepada tiga orang anak.
Membawa bayi ketika bekerja bukan asing di New Zealand. Pada September tahun lalu, perdana menterinya Jacinda Ardern telah membawa anak perempuan ketika menyampaikan ucapan sulung di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.
Namun begitu, tidak semua Parlimen di dunia ini membenarkan anggotanya membawa dan menyusu bayi ketika bertugas.
Beberapa bulan lalu, Speaker Parlimen Denmark menghalau seorang Anggota Parlimen keluar dewan kerana membawa bayi.
Minggu lalu pula, tular rakaman memaparkan seorang Anggota Parlimen Kenya dikenali sebagai Zuleikha Hassan dihalau keluar dari sidang Parlimen kerana membawa bayi semasa bekerja.
#bayi #Dewan Rakyat #media sosial #menyusu #Parlimen #Perdana Menteri #politik #Sidang Parlimen #undang-undang