awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Foto zaman kecil Yasser Arafat dikongsi 14 tahun selepas kematiannya

Agensi
Agensi
12/03/2018
01:24 MYT
Foto zaman kecil Yasser Arafat dikongsi 14 tahun selepas kematiannya
Salah satu gambar zaman kanak-kanak Yasser Arafat bersama anggota keluarganya - Foto english.alarabiya.net
YASSER ARAFAT cukup sinonim dengan perjuangan Palestin. Pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) itu meninggal dunia pada 11 November 2004 pada usia 75 tahun.
Selepas hampir 14 tahun kematian Arafat beberapa keping fotonya ketika zaman kanak-kanak dan muda yang tidak pernah disiarkan sebelum ini dikongsi saluran berita Al Arabiya.
Gambar-gambar itu diterima daripada anak saudara Arafat, Nasser al Kidwa ketika temubual bersama Taher Barakeh untuk program ‘Memori Politik’ terbitan saluran berkenaan.
Salah satu daripadanya adalah gambar Arafat bersama kakaknya Khadeejah dan adiknya Fathi.
Arafat (kanan) bersama kakaknya Khadeejah dan adiknya Fathi - Foto english.alarabiya.net
Arafat (kanan) bersama kakaknya Khadeejah dan adiknya Fathi - Foto english.alarabiya.net
Tiada tarikh bila foto itu dirakam namun ia dipercayai selepas kematian ibunya. Sejak Arafat dibesarkan dua kakaknya An’am dan Yousra.
Satu lagi foto dirakam di rumah datuknya Saleem Saleem Abu al-Saud yang terletak di Baitulmaqdis.
Selain itu dua foto Arafat bersama beberapa individu lain di Kuwait ketika berusia 28 tahun turut dikongsi.
Gambar ini dirakam di Kuwait pada 1957 ketika Arafat (tengah) berusia 28 tahun - Foto english.alarabiya.net
Gambar ini dirakam di Kuwait pada 1957 ketika Arafat (tengah) berusia 28 tahun - Foto english.alarabiya.net
Dilahirkan di Kaherah, Mesir pada 24 Ogos 1929, Arafat atau nama sebenarnya Mohammed Yasser Abdel Rahman Abdel Raouf Arafat al-Qudwa turut dikenali sebagai Abu Ammar oleh penduduk Palestin.
Hasil perkahwinan selama 14 tahun bersama Suha Arafat, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Zahwa Arafat yang kini berusia 22 tahun.
Topic Berkaitan
#foto
#Kanak-kanak
#Palestin
#PLO
#Yasser Arafat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan