DUNIA

FPA kecam sekatan media Israel ke Gaza, bawa isu ke Mahkamah Agung

Astro Awani 07/01/2026 | 09:15 MYT
FPA akan mengemukakan respons kukuh kepada Mahkamah Agung Israel susulan penolakan petisyen yang menuntut pembukaan semula akses media ke Gaza. -Foto X FPA
BAITULMUQADDIS: Persatuan Media Asing (FPA) mengecam keputusan kerajaan Israel mengekalkan larangan akses media antarabangsa ke Semenanjung Gaza, menyifatkannya sebagai tindakan “mengecewakan dan tidak berasas”.


Ringkasan AI
  • Persatuan Media Asing (FPA) mengecam larangan akses media antarabangsa ke Gaza oleh kerajaan Israel sebagai tindakan "mengecewakan dan tidak berasas".
  • FPA akan mengemukakan respons kukuh kepada Mahkamah Agung Israel susulan penolakan petisyen yang menuntut pembukaan semula akses media ke Gaza.
  • Larangan ini, yang berkuat kuasa sejak Okt 2023, dikritik kerana menafikan kebebasan wartawan melaporkan dengan bebas dan hak masyarakat antarabangsa mengetahui keadaan sebenar di Gaza.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Dalam kenyataan rasmi, FPA — yang mewakili ratusan wartawan asing berpangkalan di Israel dan wilayah Palestin — berkata pihaknya akan mengemukakan “respons kukuh” kepada Mahkamah Agung Israel susulan penolakan kerajaan terhadap petisyen yang menuntut pembukaan semula akses media ke Gaza.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

“Larangan ini bukan sahaja menafikan hak wartawan untuk melaporkan secara bebas, tetapi juga menafikan hak masyarakat antarabangsa mengetahui keadaan sebenar di Gaza,” kata FPA.

Kerajaan Israel dalam hujahnya kepada mahkamah pada Ahad lalu menyatakan larangan itu perlu dikekalkan atas alasan keselamatan memandangkan konflik bersenjata masih berterusan di Gaza.

Namun, FPA menegaskan alasan keselamatan tidak boleh dijadikan justifikasi untuk menyekat liputan bebas, terutamanya apabila wartawan bersedia mematuhi protokol keselamatan dan menjalankan tugas secara profesional.

Larangan ini berkuat kuasa sejak konflik bermula pada Okt 2023, dan hanya media dikawal tentera dibenarkan memasuki Gaza dalam konvoi yang dikawal ketat.

Wartawan bebas dan agensi berita antarabangsa tidak dibenarkan membuat liputan langsung dari kawasan konflik.

Beberapa negara Eropah dan pertubuhan hak asasi manusia turut menyuarakan kebimbangan terhadap sekatan ini yang disifatkan bertentangan dengan prinsip ketelusan dan akauntabiliti dalam situasi konflik.

Mahkamah Agung Israel dijangka mendengar hujah lanjut dalam tempoh beberapa minggu akan datang, dan keputusan kes ini bakal menjadi penanda aras penting terhadap kebebasan media dalam zon konflik.



Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tindakan yang diambil Persatuan Media Asing (FPA) sebagai respons terhadap larangan akses media antarabangsa ke Gaza oleh kerajaan Israel?
    A: FPA akan mengemukakan "respons kukuh" kepada Mahkamah Agung Israel susulan penolakan kerajaan terhadap petisyen yang menuntut pembukaan semula akses media ke Gaza.
  • Q: Mengapa FPA menolak alasan keselamatan yang diberikan oleh kerajaan Israel sebagai justifikasi untuk larangan akses media ke Gaza?
    A: FPA menegaskan alasan keselamatan tidak boleh dijadikan justifikasi untuk menyekat liputan bebas, terutamanya apabila wartawan bersedia mematuhi protokol keselamatan dan menjalankan tugas secara profesional.
  • Q: Apakah kesan larangan akses media ke Gaza terhadap wartawan bebas dan agensi berita antarabangsa?
    A: Wartawan bebas dan agensi berita antarabangsa tidak dibenarkan membuat liputan langsung dari kawasan konflik di Gaza akibat larangan ini yang berkuat kuasa sejak Okt 2023.
  • Q: Apakah kenyataan negara Eropah dan pertubuhan hak asasi manusia berkenaan dengan larangan akses media ke Gaza?
    A: Beberapa negara Eropah dan pertubuhan hak asasi manusia menyuarakan kebimbangan terhadap sekatan ini yang disifatkan bertentangan dengan prinsip ketelusan dan akauntabiliti dalam situasi konflik.
  • Q: Apa yang dijangka akan berlaku seterusnya berhubung isu larangan akses media ke Gaza oleh kerajaan Israel?
    A: Mahkamah Agung Israel dijangka mendengar hujah lanjut dalam tempoh beberapa minggu akan datang, dan keputusan kes ini bakal menjadi penanda aras penting terhadap kebebasan media dalam zon konflik.


#Gaza #Persatuan Media Asing FPA #larangan akses media antarabangsa #Israel #mahkamah agung israel