Franck Ribery saman CNN guna gambar tanpa kebenaran

Kohilah Sekaran
November 7, 2015 07:44 MYT
Pemain bola sepak Perancis, Franck Ribery saman serta menuntut ganti rugi AS $1.5 juta daripada kabel berita Amerika Syarikat, CNN kerana menggunakan gambar beliau dalam berita kematian seorang wanita.
PEMAIN bola sepak Perancis, Franck Ribery menyaman serta menuntut ganti rugi AS$1.5 juta daripada kabel berita Amerika Syarikat, CNN kerana menggunakan gambar beliau dalam berita kematian seorang wanita di kebuk rawatan krioterapi.
CNN dilapor menyiarkan berita kematian wanita tersebut di laman Twitternya bersama gambar Ribery sebagai gambar hiasan.
Memetik laporan Mirror.co.uk, Peguam Ribery, Carlo Alberto Brusa berkata CNN menyiarkan berita kematian wanita berkenaan, Chelsea Ake-Salvacion, 24, pada 28 Oktober lalu.

Is that not Franck Ribery @CNN? pic.twitter.com/XEzjmigiNx

— Boylesports (@BoyleSports) October 28, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut Brusa, Ribery tidak pernah memberi kebenaran untuk menggunakan gambar beliau untuk tujuan berita lain.
Brusa berkata penggunaan gambar berkenaan adalah satu kesalahan dan melanggar hak peribadi sehingga mendatangkan mudarat kepada anak guam serta ahli keluarganya.
#Carlo Alberto Brusa #CNN #Franck Ribery #Pemain bola sepak Perancis #saman